Bagi ibu bapa yang telah mengisi borang permohonan prasekolah bagi kemasukan sesi akademik KPM 2027, kini anda boleh membuat semakan status permohonan anda.
Anda boleh membuat semakan sama ada permohonan anda masih tidak lengkap ataupun disahkan. Jika disahkan, ini bermakna, permohonan telah lengkap dan tinggal menunggu tarikh semakan keputusan kemasukan ke Prasekolah tahun 2027.
Cara Semakan Keputusan Kemasukan Prasekolah 2027
Semakan boleh dibuat dengan melayari sistem ePrasekolah KPM, ikuti langkah berikut:
- Layari laman web https://eprasekolah.moe.gov.my/
- Login dengan no IC dan kata laluan anda.
- Jika terlupa kata laluan, klik terlupa kata laluan.
- Selpas berjaya login, pergi ke bahagian semakan untuk lihat status permohonan anak anda.
- Untuk semakan kemasukan, ianya boleh mula disemak pada 5 Ogos 2026.
- Pada 5 Ogos 2026, anda akan ketahui sekolah mana anak anda ditempatkan bagi prasekolah.

Kami mengucapkan selamat maju jaya, semoga anak anda mendapat sekolah yang telah anda pilih semasa membuat permohonan kemasukan ke Prasekolah KPM bagi sesi akademik 2027.
Artikel lain:





