Bagi mereka yang ada membuat permohonan bantuan zakat Terengganu. Anda boleh membuat semakan status permohonan anda secara online melalui sistem yang dibangunan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu.
Melalui sistem ini, anda boleh membuat semakan status untuk pelbagai jenis bantuan zakat yang disediakan oleh MAIDAM.
Pada artikel kali ini kami kongsikan cara untuk membuat semakan MAIDAM 2026.
Cara Semakan MAIDAM 2026
Semakan status bantuan boleh dibuat melalui sistem rasmi MAIDAM.
Langkah-langkah semakan adalah seperti berikut:
- Layari portal semakan MAIDAM di https://www.espmb.com/maidam_zakat/SemakanLoginKP.aspx
- Masukkan nombor kad pengenalan pemohon.
- Klik butang semakan.
- Status permohonan akan dipaparkan pada skrin.
Sistem ini membolehkan pemohon mengetahui sama ada permohonan masih diproses, diluluskan atau memerlukan tindakan lanjut.
Portal Rasmi Semakan MAIDAM
Pemohon boleh membuat semakan melalui portal rasmi berikut:
- Sistem Semakan MAIDAM: https://www.espmb.com/maidam_zakat/semakanloginkp.aspx
- Portal MAIDAM: https://www.maidam.gov.my/
- Yayasan Pendidikan MAIDAM (YPM): https://ypmaidam.my/
Jenis Bantuan Yang Boleh Disemak
Antara bantuan yang lazim disediakan di bawah MAIDAM ialah:
- Bantuan Pendidikan IPT
- Bantuan Persekolahan
- Bantuan Sara Hidup
- Bantuan Bulanan Asnaf
- Bantuan Perubatan
- Bantuan Kecemasan
- Bantuan Ramadan
- Bantuan Kebajikan Asnaf
Status permohonan bagi bantuan tertentu boleh disemak melalui sistem yang ditetapkan oleh MAIDAM atau Yayasan Pendidikan MAIDAM.
Semakan Bantuan Pendidikan MAIDAM 2026
Bagi pemohon Bantuan Pendidikan IPT, semakan boleh dibuat melalui portal Yayasan Pendidikan MAIDAM (YPM).
YPM memaklumkan bahawa bantuan IPT dibuka dua kali setahun dan setiap pembukaan akan diumumkan melalui saluran rasmi mereka. Pemohon boleh menyemak status permohonan menggunakan akaun yang didaftarkan dalam sistem bantuan IPT.
Jika Permohonan Tidak Lulus
Sekiranya permohonan tidak berjaya atau masih belum diproses, pemohon disarankan untuk:
- Menyemak semula dokumen yang dihantar.
- Menghubungi pejabat MAIDAM daerah berhampiran.
- Mengemaskini maklumat pemohon jika diperlukan.
- Menunggu proses semakan selesai sekiranya permohonan masih dalam peringkat pemprosesan.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan berkaitan bantuan zakat dan semakan MAIDAM boleh dirujuk melalui portal rasmi MAIDAM atau Yayasan Pendidikan MAIDAM yang sentiasa mengemaskini hebahan terkini berkaitan bantuan dan permohonan.
Semoga anda mendapat khabar gembir selepas membuat semaka MAIDAM ini. Diharap permohonan anda untuk mendapatkan bantuan zakat MAIDAM diiterima dan diluluskan.
Artikel lain: