Adakah anda seorang lepasan SPM yang ingin mengetahui pilihan kursus TVET yang ditawarkan di Malaysia? Di sini kami kongsikan senarai lengkap kursus TVET 2026 mengikut bidang, senarai institusi dan cara untuk membuat permohonan secara dalam talian.
TVET atau Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional adalah laluan pengajian yang memfokuskan kepada kemahiran praktikal dan teknikal yang diperlukan oleh industri. Pada artikel kali ini, kami kongsikan senarai kursus TVET 2026 yang boleh dipohon oleh lepasan SPM dan PT3 di seluruh Malaysia.
Senarai Kursus TVET 2026 Mengikut Bidang
Berikut adalah senarai kursus TVET yang ditawarkan mengikut bidang pengajian:
Kejuruteraan & Pembuatan
- Kejuruteraan Elektrik
- Kejuruteraan Mekanikal
- Kejuruteraan Automotif
- Kimpalan (Welding)
- Mechatronics
- CNC Machining
- Teknologi Tenaga Boleh Diperbaharui
Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT)
- Pembangunan Perisian
- Rangkaian Komputer
- Keselamatan Siber (Cybersecurity)
- Pemasaran Digital
Hospitaliti & Pelancongan
- Seni Kulinari
- Pengurusan Hospitaliti
- Pelancongan & Perkhidmatan Hotel
Pembinaan & Infrastruktur
- Teknologi Bangunan
- Kejuruteraan Awam
Kesihatan & Penjagaan
- Penolong Klinikal
- Penjagaan Warga Emas
Pertanian & Perikanan
- Teknologi Makanan
- Pengurusan Pertanian
- Teknologi Perikanan
Perniagaan & Keusahawanan
- Perakaunan
- Pengurusan Pejabat
- Logistik & Pengurusan Rantaian Bekalan
Senarai Institusi TVET 2026
Kursus TVET ditawarkan oleh pelbagai institusi awam di bawah agensi kerajaan. Berikut adalah senarai institusi TVET yang boleh dipohon:
- Politeknik — Di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
- Kolej Komuniti — Di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
- Kolej Vokasional — Di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
- Institut Latihan Perindustrian (ILP) — Di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM).
- Advanced Technology Centre (ADTEC) — Di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM).
- Institut Kemahiran MARA (IKM) — Di bawah MARA.
- GIATMARA — Di bawah MARA.
- Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN/IKTBN) — Di bawah Kementerian Belia dan Sukan.
- Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) — Di bawah PERDA.
- Kolej KEDA — Di bawah KEDA.
- Kolej RISDA — Di bawah RISDA.
- Akademi Perikanan Malaysia — Di bawah Kementerian Pertanian.
- Kolej Pertanian Malaysia — Di bawah Kementerian Pertanian.
Cara Mohon Kursus TVET 2026
Permohonan kursus TVET boleh dibuat secara dalam talian melalui portal UP_TVET. Caranya adalah seperti berikut:
- Layari portal rasmi UP_TVET di https://mohon.tvet.gov.my
- Daftar akaun baharu menggunakan nombor Kad Pengenalan, e-mel dan nombor telefon.
- Sahkan identiti menggunakan kod OTP yang dihantar ke telefon bimbit.
- Log masuk dan pilih Permohonan TVET 2026.
- Tapis kursus mengikut bidang atau negeri dan pilih program yang dikehendaki.
- Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
- Semak semula maklumat dan klik Hantar untuk menghantar permohonan.
Semakan Keputusan Permohonan TVET 2026
Setelah membuat permohonan, semakan keputusan boleh dibuat seperti berikut:
- Log masuk ke portal UP_TVET di https://mohon.tvet.gov.my
- Semak status tawaran melalui e-mel yang telah didaftarkan atau terus log masuk ke portal.
- Sekiranya berjaya, klik Setuju Terima pada kursus yang dipilih dalam tempoh yang ditetapkan.
- Sekiranya tidak berjaya, permohonan rayuan boleh dikemukakan dalam tempoh rayuan yang diumumkan.
Nota: Kadar kebolehpasaran graduan TVET Malaysia telah mencapai 95.1%, menjadikan TVET sebagai laluan kerjaya yang stabil dan bernilai tinggi dalam pasaran kerja semasa.
Untuk mencari kursus TVET yang lebih spesifik mengikut negeri dan institusi, anda boleh layari laman carian kursus rasmi di https://www.tvet.gov.my/awam-kursus/carian
Semoga dengan artikel senarai kursus TVET 2026 ini dapat membantu anda untuk membuat pilihan terbaik dalam menentukan bidang pengajian yang sesuai dengan minat dan kerjaya anda.
Artikel lain: