Adakah anda seorang murid atau guru yang ingin mengetahui cara untuk log masuk ke portal DELIMa KPM? Di sini kami kongsikan panduan lengkap cara login DELIMa 2.0 2026 beserta senarai kegunaan utama platform pembelajaran digital ini.
DELIMa atau Digital Educational Learning Initiative Malaysia adalah platform pembelajaran digital rasmi yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP). Pada artikel kali ini, kami kongsikan cara login DELIMa 2026 dan fungsi utama platform ini untuk murid dan guru.
Cara Login DELIMa 2.0 2026
Terdapat dua kategori pengguna DELIMa iaitu murid dan guru. Caranya adalah seperti berikut:
Login DELIMa untuk Murid:
- Layari portal rasmi DELIMa di https://d2.delima.edu.my/login
- Tandakan kotak untuk bersetuju dengan Terma dan Syarat.
- Klik butang Click Here to Login.
- Pilih akaun Google yang diberikan oleh pihak sekolah dalam format m-******@moe-dl.edu.my.
- Masukkan kata laluan dan klik Seterusnya untuk log masuk.
Login DELIMa untuk Guru:
- Layari portal rasmi DELIMa di https://d2.delima.edu.my/login
- Tandakan kotak untuk bersetuju dengan Terma dan Syarat.
- Klik butang Click Here to Login.
- Pilih akaun Google rasmi guru dalam format ******@moe.gov.my.
- Masukkan kata laluan dan klik Seterusnya untuk log masuk.
Nota: ID DELIMa tidak boleh didaftarkan sendiri. ID pengguna perlu diperoleh daripada guru kelas atau pentadbir ICT sekolah. Sekiranya anda belum mempunyai ID DELIMa, sila hubungi pihak sekolah untuk mendapatkannya.
Kegunaan DELIMa 2026
DELIMa menyediakan pelbagai fungsi dan perkhidmatan untuk murid dan guru. Berikut adalah senarai kegunaan utama platform DELIMa:
- Buku Teks Digital – Murid boleh mengakses buku teks digital KPM secara percuma tanpa perlu membeli buku fizikal.
- Google Classroom – Guru boleh berkongsi nota, tugasan dan bahan pembelajaran dengan murid secara dalam talian.
- Microsoft 365 – Akses kepada Word, Excel, PowerPoint dan Teams untuk tujuan pembelajaran dan pengurusan.
- Google Meet – Sesi pembelajaran dalam talian secara video antara guru dan murid.
- Google Drive – Penyimpanan fail dan dokumen secara dalam talian yang boleh dikongsi antara guru dan murid.
- AINS NILAM – Sistem rekod bacaan digital untuk murid bagi menggantikan buku log NILAM fizikal.
- Baucar Buku MADANI – Murid yang layak boleh menebus Baucar Buku MADANI bernilai RM50 atau RM100 melalui platform Kota Buku Digital dalam DELIMa. Tempoh penebusan adalah dari 31 Mei hingga 31 Disember 2026.
Cara Reset Kata Laluan DELIMa
Sekiranya anda terlupa kata laluan DELIMa, caranya adalah seperti berikut:
- Layari portal DELIMa di https://d2.delima.edu.my/login
- Klik pautan Lupa Kata Laluan.
- Masukkan ID MOE anda.
- Pautan set semula kata laluan akan dihantar ke peti masuk e-mel ID MOE anda dalam masa 5 minit.
- Klik pautan tersebut dan tetapkan kata laluan baharu.
Sekiranya masalah masih berterusan, hubungi guru ICT atau pentadbir sekolah anda untuk mendapatkan bantuan lanjut.
Semoga dengan artikel DELIMa 2026 ini dapat membantu anda untuk log masuk dan menggunakan platform pembelajaran digital KPM dengan mudah dan lancar.
Artikel lain: