Bagi ibu bapa yang telah membuat permohonan kemasukan ke pra sekolah bagi sesi 2027, kini anda boleh mula membuat semakan keputusan secara online melalui sistem ePrasekolah.
Pada artikel kali ini , kami kongsikan secara ringkas cara untuk anda membuat keputusan kemasukan Prasekolah 2027.
Cara Membuat Semakan Keputusan Kemasukan Prasekolah 2027
Berikut adalah caranya:
- Layari laman web https://eprasekolah.moe.gov.my/
- Login seperti biasa menggunakan nombor kad pengenalan anda (ibu bapa/penjaga) dan kata laluan.
- Setelah berjaya login, klik menu semakan prasekolah 2027.
- Keputusan akan diumumkan.
- Jika tidak berjaya, anda boleh membuat rayuan.
- Semakan ini dibuka mulai 5 Ogos 2027.
Sedikit tips, sekiranya anda tidak berjaya masuk ke dalam sistem eprasekolah atau ada error, sila cuba semula pada waktu bukan waktu puncak.