ePrestasi KPM: Login, PBPPP & Cara Semak Markah Penilaian Guru

Adakah anda seorang guru atau pentadbir sekolah yang ingin mengetahui cara login ePrestasi KPM untuk membuat penilaian PBPPP atau menyemak markah prestasi? Di sini kami kongsikan panduan lengkap tentang ePrestasi KPM termasuk cara login, fungsi sistem, proses penilaian PBPPP dan cara semak keputusan markah.

ePrestasi merupakan salah satu aplikasi KPM di bawah Sistem Maklumat Guru. Sebelum ini penilaian guru menggunakan sistem Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT), kini guru dinilai menggunakan instrumen Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) yang telah dilaksanakan sepenuhnya bermula 2016. Pada artikel kali ini, kami kongsikan panduan lengkap tentang ePrestasi KPM dan cara menggunakannya.

Apa Itu ePrestasi KPM?

Sistem ePrestasi adalah satu inisiatif oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang bertujuan untuk meningkatkan mutu dan efisiensi pengurusan pendidikan di negara ini. Dengan menggunakan teknologi digital, ePrestasi membolehkan penilaian dan pemantauan prestasi sekolah dan guru dilakukan dengan lebih sistematik dan objektif.

Bermula 2021, penilaian mula dibuat berdasarkan instrumen Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP). Laman web ini boleh dilayari oleh pihak yang terlibat sahaja iaitu Jawatankuasa PBPPP dan Pegawai Penilai.

Cara Login ePrestasi KPM

Untuk login ke dalam ePrestasi, bolehlah login melalui pautan: eprestasi.moe.gov.my

Langkah-langkah login ePrestasi KPM:

  1. Layari portal rasmi eprestasi.moe.gov.my
  2. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan
  3. Klik butang “Log Masuk”
  4. Paparan utama sistem ePrestasi akan dipaparkan

Siapa Yang Boleh Menggunakan ePrestasi KPM?

Sistem ePrestasi hanya boleh diakses oleh pihak-pihak berikut:

  • Pegawai Penilai 1 (PP1) — Ketua Panitia atau Ketua Bidang
  • Pegawai Penilai 2 (PP2) — Guru Besar atau Pengetua
  • Jawatankuasa PBPPP (JK PBPPP) — Peringkat sekolah dan daerah
  • Pegawai Yang Dinilai (PYD) — Semua guru yang dinilai

Proses Penilaian PBPPP Melalui ePrestasi

PP1 dan PP2 berbincang dengan PYD untuk menetapkan sasaran keberhasilan. PP1 dan PP2 membuat penilaian secara berterusan terhadap PYD. PP1 dan PP2 memasukkan skor melalui sistem ePrestasi dua kali setahun.

Proses penilaian PBPPP melalui ePrestasi adalah seperti berikut:

  1. JK PBPPP melantik Pegawai Penilai (PP) dan mendapat pengesahan agensi penyelia
  2. JK PBPPP mengadakan taklimat pelaksanaan PBPPP di peringkat organisasi
  3. PP1 dan PP2 berbincang dengan PYD untuk menetapkan sasaran keberhasilan
  4. PP1 dan PP2 membuat penilaian berterusan terhadap PYD sepanjang tahun
  5. PP1 dan PP2 memasukkan skor PYD melalui sistem ePrestasi dua kali setahun
  6. PP1, PP2 dan PYD membuat semakan semula sasaran komponen keberhasilan selepas penilaian pertama jika perlu
  7. JK PBPPP bermesyuarat untuk membuat pelarasan jika wujud perbezaan markah
  8. Markah akhir dihantar melalui sistem ePrestasi untuk dimuktamadkan

Komponen Penilaian PBPPP

PBPPP adalah penilaian yang memberi fokus kepada penilaian dan pembangunan kompetensi, potensi dan keberhasilan berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira kepelbagaian bidang tugas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).

Penilaian PBPPP mengandungi tiga komponen utama:

  • Komponen Keberhasilan — Pencapaian sasaran berdasarkan bidang tugas
  • Komponen Kompetensi — Pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam profesion perguruan
  • Komponen Potensi — Keupayaan dan kebolehan untuk memegang tanggungjawab lebih tinggi

Cara Semak Markah PBPPP 2026

Anda boleh membuat semakan markah atau slip keputusan PBPPP masing-masing melalui pautan: hrmis2.eghrmis.gov.my

Langkah-langkah semak markah PBPPP:

  1. Layari hrmis2.eghrmis.gov.my
  2. Log masuk menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan
  3. Pilih “Laporan Penilaian Prestasi Tahunan”
  4. Pilih “Prestasi 2025 — Slip Keputusan PBPPP”
  5. Slip Keputusan PBPPP anda akan dipaparkan pada skrin

Masalah Login ePrestasi & Cara Selesaikan

Antara masalah biasa yang dihadapi semasa login ePrestasi dan cara mengatasinya:

Cuba akses pada waktu lain atau gunakan browser berbeza. Semak semula maklumat login sebelum mencuba berkali-kali. Hubungi pentadbir sekolah atau PPD untuk pengaktifan semula.

  • Lupa kata laluan — Hubungi pentadbir sekolah atau PPD untuk set semula kata laluan
  • Sistem lambat — Biasanya berlaku ketika musim pengemaskinian data besar-besaran, cuba akses pada waktu lain
  • Akaun disekat — Elakkan mencuba login berkali-kali, hubungi pentadbir
  • Paparan tidak betul — Cuba clear cache browser atau guna pelayar lain seperti Chrome atau Firefox

Semoga dengan artikel ePrestasi KPM ini dapat membantu guru dan pentadbir sekolah memahami cara menggunakan sistem ePrestasi untuk penilaian PBPPP dengan lebih lancar dan sistematik.

Artikel lain: