Adakah anda salah seorang peminjam PTPTN dan ingin membuat semakan baki pinjaman anda? Jika ya, tahniah kerana anda masih cakna untuk mengetahui berapa baki pinjaman anda.
Adalah penting untuk sentiasa ambil tahu mengenai baki loan PTPTN anda sekarang. Ini untuk memudahkan anda membuat perancangan kewangan bilakah hendak membuat pembayaran.
Ada beberapa cara yang kami tulis di sini cara untuk membuat semakan baki PTPTN.
Untuk pengetahuan, PTPTN merupalan Perbadanan Tabung Pinjaman Pendidikan TInggi Nasional yang menyediakan pinjaman pendidikan untuk mereka yang sambung belajar ke peringkat tinggi seperti belajar di Universiti.
Login PTPTN untuk Semakan Baki (myPTPTN)
Anda boleh login melalui MYPTPTN. Syaratnya ialah anda perlu mempunyai baki PTPTN untuk login.
Cara login adalah seperti berikut:
- Layari https://myptptn.ptptn.gov.my/ptptn/app/landing
- Masukkan ID pengguna dan kata laluan.
- Jika mempunyai MyDigital ID, boleh terus login melalui Mydigital ID.

Selain itu, MYPTPTN boleh diperolehi melalui aplikasi di Play store dan App Store.
Selepas berjaya log masuk, pergi ke bahagian pinjaman dan klik semakan baki untuk melihat baki hutang anda.
Selain itu anda boleh terus memuat turun penyata baki PTPTN anda serta penyata pembayaran anda sebelum ini.
Selain itu, anda juga boleh membuat semakan jadual pembayaran balik secara ansuran.
Lupa Kata Laluan PTPTN
Jika terlupa kata laluan PTPTN, usah risau kerana anda boleh membuat set semula kata laluan dengan klik terlupa kata laluan melalui pautan ini https://myptptn.ptptn.gov.my/ptptn/app/forgetpassword
Terdapat 3 langkah untuk memperolehi semula kata laluan, di mana langkah pertama adalah anda perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan no telefon bimbit yang anda daftarkan pada data PTPTN. Kemudian, tekan seterusnya dan ikut langkah yang dinyatakan sehingga selesai.
Selamat maju jaya kami ucapkan. Anda boleh membuat semakan ini sama ada masih belajar ataupun telah habis belajar.