Nota Pendidikan Islam Tingkatan 2 (Semua Bab)

Adakah anda pelajar Tingkatan 2 yang sedang mencari nota ringkas Pendidikan Islam untuk persediaan peperiksaan pertengahan tahun, akhir tahun atau UASA? Di sini kami kongsikan koleksi lengkap nota ringkas Pendidikan Islam Tingkatan 2 KSSM merangkumi semua bidang yang boleh dimuat turun secara percuma melalui Google Drive.

Koleksi nota ini merangkumi nota ringkas bagi semua lima bidang utama Pendidikan Islam Tingkatan 2 KSSM iaitu Al-Quran dan Hadis, Akidah, Feqah, Sirah dan Akhlak. Pendidikan Islam Tingkatan 2 merupakan kesinambungan daripada Tingkatan 1 dengan skop pelajaran yang lebih mendalam merangkumi hafazan dan kefahaman al-Quran, asas-asas akidah, ibadah harian, sirah Nabi dan pembangunan akhlak Islamiah. Pada artikel kali ini, kami kongsikan pautan muat turun nota ringkas Pendidikan Islam Tingkatan 2 mengikut bidang.

Kandungan Pendidikan Islam Tingkatan 2 KSSM

Pendidikan Islam Tingkatan 2 KSSM mengandungi 30 pelajaran yang dibahagikan kepada lima bidang utama:

  1. Bidang Al-Quran dan Hadis — Tilawah, Hafazan, Kefahaman dan Penghayatan Al-Quran serta Hadis Nabi
  2. Bidang Akidah — Asma’ Ul-Husna, Sifat-sifat Allah, Hari Akhirat dan perkara-perkara yang wajib diimani
  3. Bidang Feqah — Solat, Puasa, Zakat dan ibadah harian serta hukum-hakam dalam kehidupan
  4. Bidang Sirah — Sirah Nabi Muhammad SAW, sahabat-sahabat Baginda dan perkembangan Islam awal
  5. Bidang Akhlak — Akhlak terpuji, adab mulia dan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian

Nota Ringkas Pendidikan Islam Tingkatan 2 Mengikut Bidang

Nota Ringkas Pendidikan Islam T2 (Semua Bidang):

Bidang Al-Quran dan Hadis:

Bidang Akidah:

Bidang Feqah:

Bidang Sirah:

Bidang Akhlak:

Nota Tambahan Per Pelajaran:

Soalan Percubaan Pendidikan Islam Tingkatan 2 + Skema Jawapan

Berikut adalah soalan percubaan Pendidikan Islam yang merangkumi semua bidang untuk rujukan pelajar Tingkatan 2:

  1. Soalan Percubaan Pendidikan Islam
  2. Skema Jawapan Soalan Percubaan Pendidikan Islam

Tips Ulang Kaji Pendidikan Islam Tingkatan 2

Pendidikan Islam Tingkatan 2 KSSM dinilai melalui dua komponen utama iaitu Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) sepanjang tahun dan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA). Antara cara berkesan untuk ulang kaji Pendidikan Islam:

  • Bidang Al-Quran — Amalkan bacaan dan hafazan surah-surah yang ditetapkan setiap hari
  • Bidang Akidah — Hafal Asma’ Ul-Husna dan fahami maksud serta bukti sifat-sifat Allah
  • Bidang Feqah — Kuasai syarat, rukun dan cara pelaksanaan ibadah harian yang betul
  • Bidang Sirah — Fahami kronologi peristiwa penting dalam sirah Nabi dan pengajaran di sebaliknya
  • Bidang Akhlak — Kaitkan nilai akhlak dengan situasi kehidupan harian untuk memudahkan ingatan

Semoga dengan artikel nota ringkas Pendidikan Islam Tingkatan 2 2026 ini dapat membantu anda untuk membuat ulang kaji yang lebih sistematik dan bersedia menghadapi peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun dengan lebih yakin dan bersedia.

Artikel lain: