Semakan Keputusan eUKCG 2026 Lepasan STPM dan STAM

Adakah anda calon lepasan STPM atau STAM yang sedang menunggu keputusan Ujian Kelayakan Calon Guru (eUKCG) Biasiswa Perguruan Persekutuan 2026? Di sini kami kongsikan maklumat lengkap tentang semakan keputusan eUKCG 2026 termasuk tarikh semakan, portal rasmi dan cara membuat semakan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan bahawa semakan keputusan Calon Guru Secara Dalam Talian (eUKCG) Biasiswa Perguruan Persekutuan bagi pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Ambilan Tahun 2026 boleh dibuat mulai 28 Julai 2026. Pada artikel kali ini, kami kongsikan cara membuat semakan keputusan eUKCG 2026.

Tarikh Semakan Keputusan eUKCG 2026 (Lepasan STPM & STAM)

Berdasarkan pengumuman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia:

Cara Semak Keputusan eUKCG 2026

Langkah-langkah untuk membuat semakan keputusan eUKCG 2026:

  1. Layari portal rasmi ukcg.moe.gov.my/ismp mulai 28 Julai 2026, jam 10.00 pagi
  2. Log masuk menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan
  3. Semak status keputusan eUKCG anda
  4. Jika berjaya, semak maklumat peringkat seterusnya yang dipaparkan

Apa Itu eUKCG?

eUKCG membantu menentukan sama ada calon mempunyai karakter dan nilai-nilai asas sebagai seorang guru yang bertanggungjawab dan berwibawa. Ujian ini menguji kestabilan emosi dan daya tindak calon terhadap tekanan, ciri penting dalam menghadapi cabaran profesion perguruan.

Lulus eUKCG merupakan syarat wajib untuk calon graduan bukan pendidikan mengikuti peringkat seterusnya, termasuk temu duga dan penempatan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9.

Tarikh Penting Lain PISMP 2026 (Lepasan STPM & STAM)

AktivitiTarikh
Semakan Keputusan eUKCG (STPM/STAM)28 Julai 2026
Pendaftaran Pelajar Baharu di IPG10 Ogos 2026

Hubungi Bahagian Tajaan Pendidikan KPM

Untuk pertanyaan lanjut berkaitan semakan keputusan eUKCG 2026, hubungi:

  • Telefon: 03-8321 7151 / 7113 / 7138 / 7157 / 7071
  • Emel: stpm.bt@moe.gov.my
  • Portal: ukcg.moe.gov.my/ismp

Semoga dengan artikel semakan keputusan eUKCG 2026 ini dapat membantu anda mendapatkan maklumat yang diperlukan. Tahniah kepada semua calon yang berjaya dan selamat maju jaya dalam perjalanan anda sebagai bakal pendidik negara.

Artikel lain: