Cara Semakan SARA 2026: Status, Kelayakan & Jumlah Bayaran

Adakah anda ingin mengetahui cara membuat semakan SARA 2026 untuk mengetahui status kelayakan, jumlah kredit dan tarikh bayaran anda? Di sini kami kongsikan panduan lengkap Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 termasuk cara semakan, kelayakan dan jadual bayaran terkini.

SARA atau Sumbangan Asas Rahmah adalah program bantuan tunai tanpa tunai (cashless) yang dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima yang layak untuk membeli barangan keperluan asas di lebih 13,000 kedai dan pasar raya terpilih di seluruh Malaysia.

Program ini merupakan lanjutan daripada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan bertujuan meringankan beban kos sara hidup golongan rentan. Pada artikel kali ini, kami kongsikan maklumat lengkap tentang semakan SARA 2026.

Apa Itu SARA 2026?

SARA 2026 adalah bantuan tunai kerajaan yang disalurkan secara cashless melalui MyKad penerima bagi membantu rakyat membeli barangan keperluan asas.

SARA merangkumi lebih 140,000 barangan asas dalam 15 kategori yang boleh dibeli di lebih 13,000 kedai dan pasar raya terpilih di seluruh negara. Antara kedai yang terlibat termasuk 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco) dan pasar raya bebas lain.

Terdapat dua jenis SARA 2026 iaitu:

  1. SARA Bulanan — kredit bulanan yang dikreditkan ke dalam MyKad penerima STR yang layak
  2. SARA Untuk Semua — bayaran one-off RM100 kepada semua warganegara Malaysia

Cara Semak SARA 2026

Semakan SARA 2026 one-off dan bulanan boleh dilakukan melalui portal rasmi MyKasih atau portal rasmi MySTR mulai 5 Februari 2026.

Kaedah 1: Melalui Portal SARA Rasmi (sara.gov.my)

  1. Layari sara.gov.my
  2. Klik “Semakan Status”
  3. Masukkan nombor MyKad (tanpa sempang)
  4. Semak status kelayakan, baki kredit dan senarai kedai berdaftar

Kaedah 2: Melalui Portal MySTR (bantuantunai.hasil.gov.my)

  1. Layari bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan MySTR
  3. Status permohonan STR dan SARA, maklumat bayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan

Kaedah 3: Melalui Aplikasi MyKasih

  1. Muat turun aplikasi MyKasih di telefon pintar
  2. Log masuk menggunakan nombor MyKad
  3. Semak baki SARA dan senarai kedai berdaftar berhampiran

Kelayakan SARA 2026

Kelayakan SARA 2026 terbahagi kepada tiga kumpulan:

1. SARA Untuk Semua (One-off RM100) Semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas layak menerima RM100 secara one-off mulai 9 Februari 2026. Tiada permohonan diperlukan — bayaran dikreditkan secara automatik ke dalam MyKad.

2. SARA Bulanan (Miskin Tegar / Miskin eKasih) Syarat kelayakan:

  • Warganegara Malaysia
  • Lulus STR 2026 kategori Isi Rumah, Bujang atau Warga Emas Tiada Pasangan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar atau Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM)

3. SARA STR 2026 Syarat kelayakan:

  • Warganegara Malaysia
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tiada Pasangan

Jumlah Bantuan SARA 2026

Jumlah kredit SARA 2026 mengikut kategori:

KategoriJumlah SARA Bulanan
Isi RumahSehingga RM200 sebulan
Warga Emas Tiada PasanganSehingga RM200 sebulan
BujangRM50 sebulan (RM600 setahun)
SARA Untuk SemuaRM100 (one-off)

Jadual Bayaran SARA 2026

Bayaran dikreditkan kepada penerima Isi Rumah dan Warga Emas bermula 9 Januari 2026 hingga 9 Disember 2026. Bayaran kepada penerima Individu Bujang pula bermula 16 Januari 2026 hingga 16 Disember 2026. SARA Untuk Semua dikreditkan pada 9 Februari 2026 kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.

Tempoh sah laku atau tarikh luput elaun SARA adalah pada 31 Disember 2026. Baki kredit yang tidak digunakan sebelum tarikh tersebut akan luput.

Cara Menggunakan SARA 2026

SARA berbeza dari STR — kredit SARA dikreditkan ke dalam MyKad (bukan akaun bank) dan boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas sahaja. Cara menggunakan SARA:

  1. Pergi ke mana-mana kedai atau pasar raya yang berdaftar dengan MyKasih
  2. Pilih barangan keperluan asas yang ingin dibeli
  3. Tunjukkan MyKad kepada juruwang semasa membayar
  4. Kredit SARA akan ditolak secara automatik daripada baki MyKad anda

Antara rangkaian kedai yang menerima SARA termasuk 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), Milimewa dan pasar raya bebas yang berdaftar.

Permohonan & Rayuan SARA 2026

Tiada permohonan rayuan akan dibuka bagi kelayakan baharu SARA. Walau bagaimanapun, kelayakan SARA akan dipertimbangkan semula sekiranya terdapat perubahan dalam status permohonan STR.

Untuk pertanyaan lanjut tentang SARA, hubungi:

  • Talian Bantuan MyKasih: 03-7720 1800 (9.00 pagi – 5.00 petang)
  • Portal STR: bantuantunai.hasil.gov.my
  • Portal SARA: sara.gov.my

Semoga dengan artikel semakan SARA 2026 ini dapat membantu anda untuk mengetahui status kelayakan, jumlah kredit dan cara penggunaan SARA dengan lebih jelas dan mudah.

Artikel lain: