Tarikh Penting Permohonan UPU 2026

Ramai yang terlepas pandang info mengenai bila permohonan UPU dibuat dan bila semakan UPU dibuat. Ini disebabkan para calon tidak ambil cakna dan tahu tarikh-tarikh penting UPU 2026.

Oleh itu, pada artikel kali ini, kami kongsikan tarikh penting permohonan UPU tahun 2026.

Tarikh Penting UPU 2026

Berikut adalah tarikh yang perlu anda ketahui:

  • 28 Januari 2026: Pembelian Nombor PIN UPU di Bank Simpanan Nasional (BSN). Boleh dibeli melalui kaunter, mesin ATM
  • 29 Januari 2026: Permohonan UPUOnline Fasa 1 dibuka secara rasmi.
  • 16 Mac – 23 Mac 2026: Fasa Kemaskini Pilihan Program bagi lepasan SPM (peluang untuk menyelaras pilihan selepas mendapat keputusan sebenar SPM).
  • 23 Mac 2026: Tarikh tutup permohonan Fasa 1 bagi Lepasan STPM/Setaraf.
  • 2 April – 20 April 2026: Pelaksanaan temuduga dan ujian khas bagi program pengajian tertentu. (seperti program pendidikan, seni, dan sukan).
  • 12 April 2026: Tarikh tutup baharu permohonan Fasa 1 khusus untuk Lepasan SPM (selepas dilanjutan).
  • 13 April – 15 Mei 2026: Permohonan UPUOnline Fasa 2 untuk Lepasan STPM/Setaraf.
  • Mei atau Jun 2026(belum rasmi) : Hebahan keputusan UPU kemasukan Fasa Perdana dijangka diumumkan. Pemohon boleh menyemak status tawaran melalui portal UPUOnline.

Segala maklumat terkini dan sahih akan diumumkan melalui laman web rasmi UPU di https://upu.mohe.gov.my

Artikel berkaitan: