Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini membuka permohonan pengambilan calon guru tajaan KPM bagi menjalani latihan praperkhidmatan untuk tahun 2026.
Untuk pengetahuan anda, tawaran KPM kemasukan ke IPG ini dibahagikan kepada 2 program iaitu:
- Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
- Program Pelajar Cemerlang (PPC).
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan bagi PISMP adalah seperti berikut:
- SPM untuk lepasan tahun 2023, 2024 dan 2025.
- STPM untuk lepasan tahun 2024 dan 2025.
- STAM untuk lepasan tahun 2024 dan 2025.
- Program Matrikulasi sesi 2024/2025 dan 2025/2026.
- Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak dari Kolej Vokasional bagi sesi 2023 dan 2024.
Manakala syarat kelayakan bagi PPC pula:
- SPM Lepasan tahun 2025
- STAM lepasan tahun 2024 dan 2025.
Tarikh Penting Permohonan PISMP dan PPC 2026
Para calon kena “alert” dengan tarikh-tarikh penting permohonan PISMP dan PPC seperti berikut:
- Permohonan dibuka: 12 Mac 2026
- Permohonan ditutup: 2 April 2026
- Kemaskini bidang dipohon: 31 Mac hingga 2 April 2026
- Semakan Calon layak e-UKCG: 9 April 2026.
- UKCG secara online: 15-17 April 2026.
- Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) dan temuduga: 3 Mei hingga 8 Mei 2026.
- Keputusan calon berjaya: 5 Jun 2026 (lepasan SPM) , 27 Julai 2026 ( Lepasan STPM, STAM, Matrikulasi, Diploma Kolej Vokasional).
- Pendaftaran masuk ke IPG : 10 Ogos 2026.
Cara Permohonan PISMP dan PPC 2026
Permohonan boleh dibuat secara atas talian dengan melayari:
- https://pismp.moe.gov.my
- Daftar permohonan baru dan masukkan nombor kad pengenalan.
- Isi borang dengan lengkap.
- hantar borang permohonan.

Selain permohonan PISMP, KPM juga memberi peluang kepada yang berkelayakan untuk membuat permohonan guru CoS 2026.
Manakala bagi lepasan STPM boleh juga mohon Biasiswa Perguruan Persekutan 2026.
Beza PISMP dan PPC
Bagi mereka yang tertanya-tanya beza PISMP dan PPC, bolehlah lihat infografik di bawah ini:

Kami mengucapkan selamat maju jaya, semoga permohonan anda diterima dan seterusnya anda berjaya mencapai cita-cita dan matlamat anda menjadi seorang guru.





