Permohonan Guru CoS 2026 (Contract of Service): Syarat & Cara Mohon

Berita baik buat para graduan yang ingin menceburi bidang perguruan dan minat menjadi guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuat permohonan Guru CoS (Contract of Service) bagi tahun 2026.

Permohonan ini juga dibuka bagi memberi peluang kepada mereka yang tidak mempunyai latar belakang dalam bidang pendidikan.

Untuk tambahan, guru CoS ini khusus untuk sekolah rendah dengan jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9.

Kekosongan yang bakal diisi adalah sebanyak 20,000 orang.

Calon yang berjaya pula akan menjalani latihan ikhtisas (Diploma Pascasiswazah Pendidikan) selama satu tahun.

Tarikh Penting Permohonan Guru CoS

Berikut adalah tarikh penting permohonan guru CoS:

  • Tarikh buka: 2 Mac 2026
  • Tarikh tutup: 20 Mac 2026 pukul 11:59.
  • Ujian e-UKCG: 30 Mac – 8 April 2026.
  • Semakan panggilan temuduga: 22 April 2026.
  • Sesi Temu duga: 27-22 Mei 2026

Syarat Permohonan Guru CoS

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak lebih 40 tahun.
  • BMI tidak melebihi 32.5.

Syarat Akademik Permohonan Guru Cos

Golongan Yang Tidak Layak Mohon

  • Sedang mengikut DPLI atau DPP
  • Pernah dibuang kerja dari Perkhidmatan Awam.

Cara Permohonan Guru CoS 2026

Berikut adalah cara untuk membuat permohonan secara ata talian:

  1. Layari laman web https://mypdpp.moe.gov.my/pdpp26
  2. Daftar akaun dan isikan maklumat peribadi
  3. Masukkan maklumat mengenai permohonan.
  4. Lengkapkan permohonan dan hantar borang.
  5. Tarikh untuk anda menduduki e-UCKG akan dimaklumkan pada akhir paparan borang permohonan.

Kami mengucapkan selamat maju jaya, semoga permohonan anda diterima.

Artikel lain:

Leave a Comment