Semakan Keputusan Transkrip HEP UiTM 2026

Perhatian kepada pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi sesi Oktober 2025 hingga Februari 2026. Kini anda boleh membuat semakan keputusan transkrip HEP (e-Profiling Pelajar) mulai 30 Mac 2026 pada hari isnin.

Ini adalah bagi kepurusan rekod pencapaian ekstra kokurikulum pelajar Kohort 1 melalui sisrem e-profiling MyHEP.

Cara Semakan Keputusan Transkrip HEP UiTM

Semakan boleh dibuat dengan melayari https://myhep.uitm.edu.my , anda boleh log masuk melalui SSO UiTM ataupun melalui email Google anda yang anda daftarkan untuk e-profiling HEP.

Untuk makluman tambahan, sistem ini akan mula dibuka tepat pada jam 2:00 petang.

Para pelajar juga diwajibkan untuk melengkapkan e-Prodiling pada semester semasa bagi memastikan pelajar mempunyai akses sistem pada masa akan datang.

Bantuan

Jika menghadapi kesukaran mengakses semakan transkrip HEP UiTM 2026, bolehlah hubungi:

  • HEP Kampus
  • Unit Korporat Shah Alam: 03-5544 2044
  • Email: jhep@uitm.edu.my

Artikel lain:

Leave a Comment