iStudent Portal merupakan satu portal khas yang diwujudkan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) buat pelajar yang menuntut di sini.
Melalui istudent ini, ianya membolehkan pelajar menguruskan hal berkaitan akademik , kewangan serta pendaftaran kolej kediaman secara online.
Fungsi iStudent UiTM
Antara fungsi-fungsi portal iStudent ini adalah;
- Pendaftaran kursus.
- Semakan jadual kelas.
- Semakan keputusan peperiksaan.
- Permohonan dan rayuan kolej kediaman.
- dan banyak lagi.
Cara Login iStudent UiTM
Cara login portal iStudent UiTM adalah dengan:
- Layari https://istudent.uitm.edu.my atau di simsweb.uitm.edu.my
- Masukkan Student ID dan kata laluan.
- Klik login.

Bagi pelajar baharu, anda boleh terus klik 1st time login dan ikuti panduan dan langkah seterusnya yang diminta.
Manakal jika terlupa kata laluan istudent UiTM, bolehlah klik forgot password.
Jika mempunyai masalah teknikal yang gagal diselesaikan, hubungi sistem UNITS UiTM di https://units.uitm.edu.my