Permohonan Tahun 1 SRAI JAIS 2027 (UKS-Ujian Kelayakan Sekolah)

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kini membuka permohonan bagi menduduki Ujian Kelayakan Sekolah (UKS) tahun 1.

UJian UKS ini adalah untuk kemasukan murid tahun 1 ke Sekolah Rendah Agama Integrasi JAIS, ini juga untuk sesi persekolahan tahun 2027.

Tarikh Penting Permohonan

Berikut adalah tarikh penting untuk permohonan ini:

  • Tarikh Permohonan Online: 1 April – 30 April 2026.
  • Tarikh akhir serahan borang fizikal: Borang yang telah lengkap hendaklah diserahkan paling lewat 8 Meo 2026.

Syarat Permohonan SRAI JAIS

Syarat permohonan bagi kanak-kanak adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Kedua ibu bapa juga haruslah berstatus warganegara.
  • Lahir pada 2 Januari 2020 hingga 1 Januri 2021 : Untuk Kemasukan 7 tahun.
  • Lahir pada 2 Januari 2021 hingga 1 Januaru 2022: Untuk kemasukan umur 6 tahun.

Memandangkan mulai tahun 2027, kanak-kanak berumur 6 tahun boleh mula mendaftar masuk ke tahun 1. Maka julat tarikh kelahiran bagi bakal murid adalah seperti yang tertera di atas.

Cara Permohonan SRAI JAIS 2027

Cara permohonan adalah seperti berikut:

  • Permohonan dibuat di https://sekolah.jais.gov.my
  • Isi maklumat dengan tepat.
  • Muat naik dokumen yang diperlukan.
  • Cetak borang dan hantar ke Pejabat SRAI yang anda pilih.
permohonan sekolah rendah agama integrasi

Semoga permohonan anda diterima dan seterusnya melayakan anak anda memasuki SRAI JAIS tahun 2027.

Artikel berkaitan:

Leave a Comment