Permohonan Bantuan Zakat Pelajar UMS 2026

Berita baik buat pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS),permohonan bantuan zakat pelajar kini dibuka kepada semua pelajar yang layak dan berminat mendapatkan bantuan zakat.

Bantuan zakat pelajar ini adalah bagi semester 2 sesi 2025 / 2026. Tempoh permohonan adalah bermula 1 April 2026 sehingga 14 April 2026.

Syarat Permohonan Bantuan Zakat Pelajar UMS 2026

Berikut adalah syarat permohonan:

  1. Beragama Islam.
  2. Bukan Penerima bantuan zakat pada semester 1 sesi 2025/2026.
  3. Belajar secara sepenuh masa di UMS (Asasi, diploma, Ijazah, Saraja).
  4. Semua dokumen yang diperlukan perlulah disahkan.
  5. Menyediakan pengesahan pendaptan ibubapa/penjaga terkini tahun 2026.

Cara Permohonan Bantuan Zakat Pelajar UMS 2026

Permohonan boleh dibuat dengan:

  1. Melayari laman web https://smp.ums.edu.my
  2. Log masuk ke dalam sistem SMP UMS.
  3. Pergi ke bahagian permohonan bantuan zakat pelajar UMS.

Bantuan

Jika terdapat sebarang persoalan mengenai bantuan ini, boleh hubungi Pusat Islam UMS di 088-320 624.

Artikel berkaitan:

Leave a Comment