daftar spmu

Cara Daftar SPM Ulangan 2026 (SPMU) & Tarikh Penting

Adakah anda pelajar lepasan SPM 2025 dan ke bawah dan sedang mencari cara untuk daftar SPM Ulangan di tahun 2026? Artikel kali ini kami kongsikan cara untuk daftar SPMU 2026.

Untuk pengetahuan sesi ulangan Julai ini hanya menawarkan 3 mata pelajaran iaitu:

  • Bahasa Melayu
  • Sejarah
  • Matematik
  • Tarikh Penting SPMU 2026

Berikut adalah tarikh penting yang perlu anda tahu jika ingin membuat pendaftaran SPM Ulangan tahun 2026.

  • Pendaftaran dibuka: 1 Mac 2026.
  • Tarikh tutup: 30 April 2026.
  • Pendaftaran lewat: 1 Mei 2026 – 15 Mei 2026
  • Semakan status pendaftaran : Pertengahan Mei 2026
  • Tarikh peperiksaan berlangsung: Julai 2026

Cara Daftar SPMU 2026

Berikut adalah cara untuk membuat pendaftaran SPM Ulangan (Julai):

  1. Layari laman web SPPAT di https://sppat2.moe.gov.my/cp/SPMU/epIndex.asp
  2. Klik butang daftar.
  3. Isi maklumat yang diminta.
  4. Pilih mata pelajaran yang ingin anda buat ulangan.
  5. Sistem akan mengira jumlah yang perlu anda bayar.
  6. Pilih pusat peperiksaan dimana anda ingin menduduki peperiksaan nanti.
  7. Buat semakan dan tandakan akur janji.
  8. Buat pembayaran secara online melalui FPX.
  9. Simpan bukti pendaftaran anda.

Yuran SPM Ulangan 2026

Berikut adalah kadar yuran bagi setiap subjek.

  • Yuran asas: RM20
  • Bahasa Melayu: RM12.00
  • Sejarah: RM10.50
  • Matematik: RM10.50

Anda boleh membuat pengiraan sendiri tambah subjek yang ingin anda ambil berserta Yuran asas yang sekali sahaja dikenakan.

Jika mendaftar lewat, yuran dikenakan adalah RM150, namun dikecualikan buat lepasan SPM 2025.

Semoga anda berjaya membuat pendaftaran SPM Ulangan Julai 2026 ini dan seterusnya berjaya memperbaiki gred peperiksaan anda untuk subjek seperti Bahasa Melayu, Sejarah atau Matematik.

Artikel berkaitan:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top