Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan tarikh semakan keputusan SPM 2025 dikeluarkan.
Tarikh yang diumumkan adalah pada 31 Mac 2026 bersamaan dengan hari selasa.
Selain itu, terdapat 2 medium semakan yang boleh diakses untuk membuat semakan. Iaitu melalui online dan juga SMS.
Pada hari pertama keputusan diumumkan, trafik ke semakan secara online akan jadi sesak, dan secara alternatif anda boleh membuat semakan melalui SMS.
Cara Semakan Keputusan SPM 2025 Secara SMS dan Online (SPM RESULT)
Berikut cara menggunakan SMS. Pastikan kredit anda mencukupi dan perkhidmatan nombor telefon anda aktif.
- Pergi ke aplikasi message.
- Taip SPM <jarak> NoKP <jarak> AngkaGiliran Hantar ke: 15888
- Tunggu beberapa ketika sehingga anda mendapat jawapan keputusan anda.
Manakala, semakan secara online boleh dibuat dengan:
- Layari laman web https://myresultspm.moe.gov.my/
- Masukkan no angka giliran dan no kad pengenalan.
- Klik butang semak.
Semoga panduan ringkas ini dapat membantu anda membuat semakan keputusan SPM secara SMS dan online tanpa sebarang masalah.
Artikel berkaitan: