Permohonan TABIKA KEMAS 2027: Tarikh,Syarat dan Cara Mohon

KEMAS merupakan bernaung di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakt dan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.

Terdapat lebih 10,000 pustat TABIKA Kemas di seluruh negara dan ianya menjadi antara pilihan utama ibubapa menghantar anak untuk mula bersekolah.

Permohonan TABIKA KEMAS dibuka setiap tahun buat anak-anak yang menepati syarat permohonan.

Tarikh Penting Permohonan TABIKA KEMAS 2027

Permohonan TABIKA KEMAS bagi sesi persekolahan 2027 boleh mula dipohon pada 1 Mei 2026.

Anda dialu-alukan untuk membuat permohonan ini.

Syarat Kelayakan

Sebelum anda membuat permohonan, pastikan anak yang hendak anda daftarkan adalah menepati syarat permohonan ini:

  • Warganegata Malaysia.Atau salah seorang ibu bapa warganegata Malaysia.
  • Kanak-kanak berumut 4-6 tahun. Namun keutamaan diberikan kepada kanak-kanak yang berumur 4 dan 6 tahun.
  • Kanak-kanak OKU boleh membuat permohonan, namun laporan dari Doktor diperlukan.

Kapasiti Tempat

Sebuah kelas TABIKA KEMAS boleh menempatkan sehingga 30 orang dalam kelas, dan minkmum 10 orang.

Tempat adalah terhad, oleh itu anda dinasihatkan untuk membuat permohonan awal untuk mengesahkan tempat anda.

Cara Permohonan TABIKA KEMAS

Permohonan boleh dibuat dengan melayari laman web:

  1. Layari www.kemas.gov.my
  2. Isi borang permohonan secara online.
  3. Hantar borang permohonan ke TABIKA KEMAS yang anda pilih.

Namun, ianya juga boleh dilakukan secara manual.

  1. Pergi ke pejabat KEMAS daerah anda.
  2. Minta borang permohonan
  3. Isi borang dan lampirkan dikumen.
  4. Serahkan ke TABIKA KEMAS yang anda pohon.

Dokumen Diperlukan

Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan TABIKA KEMAS.

  • Salinan sijil kelahiran kanak-kanak/
  • Salinan kad pengenalan ibu bapa / penjaga
  • Slip gaji ibu bapa/ penjaga
  • Jika kerja sendiri , rujuk bahagian C pada borang permohonan.
  • Sediakan 2 kepung gambar kanak-kanak berukuran pasport.
  • Rekod kesihatan kanak-kanak dan rekod imunisasi.

Yuran TABIKA KEMAS

Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM10. Yang mana ianya dibayar sekali sahaja.

Selamat maju jaya kami ucapkan. Semoga permohonan anda diterima masuk dan anak anda dapat belajar di TABIKA KEMAS.

Maklumat lanjut mengenai permohona ini boleh diperolehi di laman rasmi https://www.kemas.gov.my.