Semakan Tawaran Matrikulasi 2026 /2027 Online

Bagi yang telah membuat permohonan kemasukan ke Matrikulasi sesi 2026/2027, kini anda boleh mula membuat semakan keputusan permohonan anda secara online.

Permohonan boleh mula disemak pada 27 April 2026 bersamaan dengan hari isnin. Sistem akan dibuka pada pukul 2:00 petang pada tarikh tersebut.

Cara Membuat Semakan Tawaran Matrikulasi 2026

Berikut adalah cara untuk membuat semakan tawaran Matrikulasi:

  1. Layari laman web https://matrikulasi.moe.gov.my/system/index.cfm
  2. Masukkan nombor kad pengenalan anda dan juga maklumat lain yang diperlukan.
  3. Klik butang semak.

Jika anda berjaya, anda perlu klik setuju terima tawaran dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Jika tidak berjaya, anda bolehlah membuat rayuan.

semakan matrikulasi

Cara Membuat Rayuan Matrikulasi 2026

Berikut cara menggunakan e-Rayuan Matrikulasi sekiranya anda tidak berjaya ditawarkan tempat di Matrikulasi.

  1. Log masuk melalui pautan sama semakan/
  2. Pergi ke bahagian e-Rayuan
  3. Dan mula buat permohonan rayuan.

Rayuan mula dibuka pada 27 April 2026 hingga 6 Jun 2026.