Cara Membuat Rayuan Matrikulasi 2026

Kepada yang tidak berjaya dalam Permohonan Matrikulasi 2026, jangan risau. Ini kerana pihak Matrikulasi tetap membuka peluang untuk anda membuat rayuan Matrikulasi.

Pada artikel kali ini, kami kongsikan cara untuk membuat rayuan dan apakah syarat kelayakan serta tarikh penting rayuan Matrikulasi 2026.

Cara Membuat Rayuan Matrikulasi Sesi 2026

Berikut adalah caranya:

  1. Layari laman web rasmi Matrikulasi di https://matrikulasi.moe.gov.my atau terus di pautan https://matrikulasi.moe.gov.my/system/tawaran/logmasuk.cfm
  2. Log masuk menggunakan kad pengenalan dan kata laluan.
  3. Selepas berjaya masuk, akan ditunjukkan mesej dukacita permohonan tisak berjaya.
  4. Skroll ke bawah dan lihat butang rayuan. Kli butang rayuan
  5. Teruskan membuat rayuan dengan mengisi sebab rayuan anda.

Tarikh akhir rayuan adalah pada 6 Jun 2026. Segera membuat rayuan anda.

Kami mengucapkan selamat maju jaya.

Keputusan permohonan rayuan anda akan diumumkan dalam masa terdekat selepas permohonan rayuan ditutup.