Pada artikel kali ini kami kongsikan tarikh bilakah cuti sekolah bersempena Hari Raya Haji 2026. Untuk makluman, cuti hari raya haji jatuh pada cuti yang sama cuti pertengahan tahun. Maka dengan itu, para guru dan murid akan menikmat cuti yang agak panjang pada tempoh ini.
Hari Raya Aidiladha jatuh pada 27 Mei 2026 bersamaan hari rabu. Dan Tarikh ini berada dalam lingkungan cuti pertengahan penggal sekolah untuk sesi 2026.
Bila Cuti Hari Raya Haji dan Cuti Sekolah 2026?
Berikut adalah tarikh cuti ini mengikut kumpulan A dan Kumpulan B.
1. Kumpulan A
(Negeri: Kedah, Kelantan, Terengganu)
- Mula Cuti: 22 Mei 2026 (Jumaat)
- Tamat Cuti: 6 Jun 2026 (Sabtu)
- Tempoh: 16 Hari
2. Kumpulan B
(Negeri: Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Labuan & Putrajaya)
- Mula Cuti: 23 Mei 2026 (Sabtu)
- Tamat Cuti: 7 Jun 2026 (Ahad)
- Tempoh: 16 Hari
Selain hari raya aidiladha, terdapat juga cuti umum lain yang bertembung di dalam cuti pertengahan tahun ini iaitu, cuti hari wesak pada 31 Mei 2026, hari pesta kaamatan dan Keputeraan YDP Agong pada 1 Jun 2026.
Dengan itu, nikmati cuti anda sebaik mungkin. Bawa anak-anak untuk pergi bercuti ke tempat-tempat menarik dan berfaedah sempanjang cuti ini.
Soalan Lazim (FAQ) Cuti 2026
Adakah Hari Raya Haji 2026 cuti sekolah?
Ya, ia termasuk dalam Cuti Pertengahan Tahun sesi 2026/2027 yang berlangsung selama lebih kurang 2 minggu.
Bilakah sekolah bermula semula selepas Raya Haji?
Sekolah akan dibuka semula pada 7 Jun 2026 (Kumpulan A) atau 8 Jun 2026 (Kumpulan B).
Adakah Johor masih dalam Kumpulan A?
Berdasarkan kalendar terbaru, Johor berada dalam Kumpulan B (cuti hujung minggu Sabtu & Ahad),