Pada artikel kali ini kami kongsikan info mengenai semakan keputusan UPU 2026 bagi lepasan SPM. Jika anda ada mengisi borang permohonan UPU yang dibuka beberapa bulan yang lepas, maka anda boleh mula membuat semakan keputusan UPU
Artikel kali ini berkongsi info mengenai tarikh penting semakan UPU, cara membuat semakan dan langkah-langkah boleh diambil sekiranya berjaya ataupun tidak.
Tarikh Rasmi Keputusan UPU 2026 (Lepasan SPM)
Jika mengikut trend terhdahulu, keputusan UPU akan diumumkan selepas beberapa minggu keputusan SPM diumumkan.
Namun setakat ini masih belum ada info rasmi dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkenaan tarikh rasmi ini.
- Tarikh hebahan: (Dijangka pada bulan Mei atau Jun 2026)
- Masa semakan: Bermula 12 tengah hari
- Tempoh setuju terima tawaran: 10 hari.
Cara Semakan Keputusan UPU 2026 Lepasan SPM
Semakan boleh dibuat secara online dengan cara berikut:
- Layari laman web rasmi semakan UPU, anda boleh pilih mana-mana pautan untuk semakan.
- https://jpt.utm.my (Zon Selatan)
- https://jpt.uum.edu.my (Zon Utara)
- https://jpt.unimas.my (Zon Sarawak)
- https://jpt.ums.edu.my (Zon Sabah)
- https://jpt.umt.edu.my (Zon Timur)
- Login dan masukkan nombor kad pengenalan anda untuk membuat semakan.
- Atau boleh menggunakan aplikasi UPUPocket.
- Layati juga laman rasmi upu di https://upu.mohe.gov.my
Anda juga boleh mencuba dengan cara semakan dengan SMS melalui cara berikut:
UPU[Jarak]RESULT[jarak]No IC dan hantar ke 15888.
Selepas dapat keputusan
Apa yang anda perlu lakukan selepas mendapat keputusan adalah, klik setuju dan cetak surat tawaran jika anda seruju. Kemudian teruskan dengan penyediaan dokumen untuk tujuan pendaftaran.
Jika anda tidak berjaya, rayuan juga akan dibuka pada hari yang sama pada pautan yang sama. Buat rayuan jika masih berminat untuk mendapat tempat dalam penempatan UPU.
Hubungi
Jika terdapat sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi:
- Hotline UPU: 03-8684 2363
- E-mel: upu@mohe.gov.my
- Sistem Maklum Balas: https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/
Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada anda.
Artikel berkaitan: