Keputusan UPU 2026 bagi lepasan SPM adalah saat ditunggu-tunggu. Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya mendapat tawaran UPU.
Untuk makluman, calon yang berjaya mendapat tempat UPU perlu membuat pengesahan untuk setuju terima tawaran dalam tempoh yang diberikan.
Tarikh Semakan Keputusan UPU 2026 Lepasan SPM
Semakan keputusan UPU 2026 lepasan SPM adalah pada 22 Mei 2026 pada pukul 12 tengah hari. Manakala, tairkh untuk setuju terima tawaran adalah pada 23 Mei 2026 hingga 31 Mei 2026.
Ini bermakksud, anda diberi masa selama seminggu untuk berfikir dan membuat keputusan sama ada menerima atau menolak tawaran yang diterima.
Cara Semakan dan Setuju Terima Tawaran UPU 2026
Cara untuk membuat pengesahan sama ada setuju atau tolak adalah dengan melayari portal rasmi UPU di https://upu.mohe.gov.my
- Semak maklumat anda pada tawaran yang diberikan.
- Klik setuju terima tawaran
- Cetak slip pengesahan.
- Simpan dalam bentuk PDF atau boleh juga ambil screenshot.
Selain itu boleh gunakan aplikasi UPUOnline UPUPocket.
Perkara Perlu disemak
Sebelum menerima tawaran, anda dinasihati supaya semak makluamt berikut:
- Program pengajian
- Nama Institusi
- Lokasi kampus
- Tempoh pengajian
- Syarat kemasukan
- Yuran yang perlu dibayar
- Tarikh pendaftaran
Jika semuanya nampak baik, bolehlah terus klik setuju.
Apa jadi Jika Tidak Sahkan?
Apa jadi jika anda tidak sahkan terima, tapi tidak juga menolak? Jika ini berlaku, calon dianggap menolak tawaran.
Ini kerana tawaran akan dibatalkan jika tidak membuat pengesahan terima pada masa yang ditetapkan. Untuk tahun ini, masa diberikan 23 Mei 2026 hingga 31 Mei 2026.
Jika ingin membuat penukaran kursus, boleh lihat artikel ini : Cara Tukar Program Pengajian UPU.
Kami mengucapkan maju jaya dan tahniah sekali lagi kerana mendapat tawaran UPU.
Artikel berkaitan: