Adakah anda gagal untuk mendapatkan tempat UPU selepas membuat semakan keputusan UPU 2026 bagi kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik , Kolej Komuniti ataupun ILKA? Jangan risau kerana pihak UPU membuka saluran rayuan bagi mereka yang tidak berjaya.
Pada artikel kali ini, kami kongsikan cara untuk membuat rayuan dan apa syarat-syaratnya serta bilakah keputusan rayuan akan diumumkan.
Artikel lain: Jika tidak berjaya UPU boleh mohon Latihan Separa Perubatan.
Syarat Membuat Rayuan UPU 2026
Syarat untuk membuat rayuan adalah, anda tidak berjaya mendapat tempat dalam keputusan tawaran kemasukan UPU.
Cara Membuat Rayuan UPU 2026
Berikut adalah langkah untuk membuat rayuan.
- Login dan buat semakan keputusan di https://upu.mohe.gov.my
- Selepas keputusan dipaparkan tidak berjaya, akan muncul butang untuk membuat rayuan.
- Buat rayuan dengan mengisi maklumat yang diminta.
- Klik butang hantar.
Perlu diingat, bahaga permohonan rayuan adalah berbeza dengan permohonan untuk membuat penukaran bidang yang anda perolehi.
Untuk info tambahan, semakan keputusan UPU 2026 bagi kategori lepasan SPM diumumkan pada 22 Mei 2026. Selalunya tarikh rayuan dibuka adalah selama 10 hari selepas keputusan diumumkan.
Boleh semak artikel tarikh penting UPU 2026 ini.
Tips Agar Rayuan Berjaya
Sedikit tips agar rayuan berjaya:
- Pilih bidang yang mempunyai skor merit tertinggi bagi keputusan anda. Ini mcnerahkan lagi peluang untuk anda memperolehi tempat di UPU.
- Pilih kursus yang kurang popular bagi mengelakkan persaingat sengit mendapatkan tempat.
Bila Keputusan Rayuan Diumumkan?
Setakat ini tidak tarikh rasmi, namun selalunya keputusan rayuan diumumkan sebulan selepas tarikh tutup rayuan.
Artikel lain: