Adakah anda telah mendaftar SPM Ulangan tahun 2026? Jika ya, anda boleh membuat semakan dan lihat cara mendaftar SPMU 2026.
Pada artikel kali ini, kami kongsikan jadual waktu peperiksaan SPMU yang akan dijalankan pada bulan Julai 2026. Pepepriksaan ini juga sering disebut sebagai kertas paper Julai.
Peperiksaan SPMU 2026 akan berlangsung selama tiga hari bermula pada 14 Julai 2026 hingga 16 Julai 2026 melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik.
Tarikh Peperiksaan SPMU 2026
Peperiksaan bertulis SPMU 2026 dijadualkan seperti berikut:
- Selasa, 14 Julai 2026
- Rabu, 15 Julai 2026
- Khamis, 16 Julai 2026
Jadual Peperiksaan Bertulis SPMU 2026
Selasa, 14 Julai 2026
| Masa | Kod Kertas | Mata Pelajaran |
|---|---|---|
| 9:00 pagi – 9:30 pagi | 1103/4 | Bahasa Melayu Kertas 4 (Ujian Mendengar) |
| 10:30 pagi – 12:30 tengah hari | 1103/1 | Bahasa Melayu Kertas 1 |
| 2:15 petang – 4:45 petang | 1103/2 | Bahasa Melayu Kertas 2 |
Rabu, 15 Julai 2026
| Masa | Kod Kertas | Mata Pelajaran |
|---|---|---|
| 8:00 pagi – 9:00 pagi | 1249/1 | Sejarah Kertas 1 (Aneka Pilihan) |
| 10:00 pagi – 12:30 tengah hari | 1249/2 | Sejarah Kertas 2 |
| Mengikut jadual sidang | 1103/3 | Bahasa Melayu Kertas 3 (Ujian Bertutur) |
Khamis, 16 Julai 2026
| Masa | Kod Kertas | Mata Pelajaran |
|---|---|---|
| 8:00 pagi – 9:30 pagi | 1449/1 | Matematik Kertas 1 (Aneka Pilihan) |
| 10:30 pagi – 1:00 tengah hari | 1449/2 | Matematik Kertas 2 |
| Mengikut jadual sidang | 1103/3 | Bahasa Melayu Kertas 3 (Ujian Bertutur) |
Jadual Ujian Bertutur Bahasa Melayu SPMU 2026
Ujian Bertutur Bahasa Melayu Kertas 3 dijalankan pada 15 hingga 16 Julai 2026 mengikut sidang yang ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
Sidang 1
| Aktiviti | Masa |
|---|---|
| Taklimat Ringkas | 7:50 pagi – 7:55 pagi |
| Ujian Bertutur Individu (Calon 1-4) | 8:00 pagi – 8:20 pagi |
| Persediaan Ujian Kumpulan | 8:20 pagi – 8:30 pagi |
| Ujian Bertutur Kumpulan (Calon 1-4) | 8:35 pagi – 8:50 pagi |
| Ujian Bertutur Individu (Calon 5-8) | 8:50 pagi – 9:10 pagi |
| Persediaan Ujian Kumpulan | 9:10 pagi – 9:20 pagi |
| Ujian Bertutur Kumpulan (Calon 5-8) | 9:25 pagi – 9:40 pagi |
Sidang 2
| Aktiviti | Masa |
|---|---|
| Taklimat Ringkas | 10:50 pagi – 10:55 pagi |
| Ujian Bertutur Individu (Calon 1-4) | 11:00 pagi – 11:20 pagi |
| Persediaan Ujian Kumpulan | 11:20 pagi – 11:30 pagi |
| Ujian Bertutur Kumpulan (Calon 1-4) | 11:35 pagi – 11:50 pagi |
| Ujian Bertutur Individu (Calon 5-8) | 11:50 pagi – 12:10 tengah hari |
| Persediaan Ujian Kumpulan | 12:10 tengah hari – 12:20 tengah hari |
| Ujian Bertutur Kumpulan (Calon 5-8) | 12:25 tengah hari – 12:40 tengah hari |
Sidang 3
| Aktiviti | Masa |
|---|---|
| Taklimat Ringkas | 2:20 petang – 2:25 petang |
| Ujian Bertutur Individu (Calon 1-4) | 2:30 petang – 2:50 petang |
| Persediaan Ujian Kumpulan | 2:50 petang – 3:00 petang |
| Ujian Bertutur Kumpulan (Calon 1-4) | 3:05 petang – 3:20 petang |
| Ujian Bertutur Individu (Calon 5-8) | 3:20 petang – 3:40 petang |
| Persediaan Ujian Kumpulan | 3:40 petang – 3:50 petang |
| Ujian Bertutur Kumpulan (Calon 5-8) | 3:55 petang – 4:10 petang |
Peraturan Penting Calon SPMU 2026
Calon hendaklah hadir ke pusat peperiksaan lebih awal bagi mengelakkan sebarang masalah pada hari peperiksaan. Selain itu, calon perlu membawa Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri yang sah untuk tujuan pengesahan.
Telefon bimbit, alat komunikasi, peranti elektronik, nota serta bahan rujukan tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam dewan peperiksaan. Sebarang pelanggaran peraturan peperiksaan boleh menyebabkan tindakan tatatertib termasuk pembatalan keputusan peperiksaan.
Tips Persediaan Menghadapi SPMU 2026
Bagi membantu calon memperoleh keputusan yang lebih baik, beberapa langkah persediaan boleh dilakukan:
- Menyusun jadual ulang kaji mengikut tarikh peperiksaan.
- Membuat latihan menggunakan soalan tahun-tahun terdahulu.
- Mengulang kaji topik yang sering keluar dalam peperiksaan.
- Mengetahui lokasi pusat peperiksaan lebih awal.
- Memastikan semua dokumen penting disediakan sebelum hari peperiksaan.
Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada anda. Semoga anda dapat menjawab dengan tenang dan baik, seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang dan dapat memperbaiki keputusan SPM 2025 anda ataupun tahun-tahun sebelumnya.