Calon yang memohon kemasukan ke Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) boleh membuat semakan keputusan tawaran secara dalam talian melalui portal rasmi universiti. Semakan ini melibatkan program Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda bagi sesi akademik 2026/2027.
Cara Membuat Semakan UniSZA
Untuk menyemak keputusan tawaran UniSZA, ikuti langkah berikut:
- Layari portal semakan rasmi UniSZA di https://www.unisza.edu.my/tawaran/
- Pilih kategori program yang dipohon seperti Asasi, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.
- Masukkan nombor kad pengenalan.
- Klik butang Semak.
- Keputusan tawaran akan dipaparkan pada skrin.
Semakan Keputusan Tawaran UniSZA
UniSZA menyediakan sistem semakan berasingan mengikut program pengajian:
- Program Asasi
- Program Diploma
- Program Ijazah Sarjana Muda
- Program yang memerlukan temu duga
Calon dinasihatkan untuk menyemak maklumat terkini di portal rasmi UniSZA kerana tarikh semakan dan pengesahan tawaran boleh berubah mengikut sesi pengambilan.
Semakan Temu Duga UniSZA
Bagi program yang memerlukan temu duga seperti bidang perubatan, kejururawatan, farmasi, undang-undang dan beberapa program lain, calon boleh membuat semakan panggilan temu duga melalui sistem khas yang disediakan oleh UniSZA.
Maklumat yang biasanya dipaparkan termasuk:
- Tarikh temu duga
- Masa temu duga
- Lokasi atau platform temu duga
- Dokumen yang perlu dibawa
Apa Perlu Dilakukan Jika Berjaya?
Calon yang berjaya menerima tawaran perlu:
- Membuat pengesahan setuju terima dalam tempoh ditetapkan.
- Melengkapkan proses pra-pendaftaran.
- Memuat turun dan mencetak surat tawaran.
- Mengikuti arahan pendaftaran yang dikeluarkan oleh UniSZA.
Selamat maju jaya kepada anda yang berjaya masuk ke Unisza.Gunakan peluang ini untuk belajar bersungguh-sungguh dan mendapat keputusan cemerlang di Universiti.
artikel lain: