Syarat Kemasukan ke Universiti Malaya (UM) 2026

Universiti Malaya adalah antara universiti idaman ramai orang untuk memasukinya. Ini disebabkan, UM saban tahun menjadi universiti terbaik di Malaysia.

Pada artikel ini, kami kongsikan syarat kemasukan ke Universiti Malaya. Ini merangkumi syarat am dan juga syarat khas program.

Sebelum itu, untuk pengetahuan anda, terdapat dua laluan yang boleh diikuti oleh anda yang ingin melanjutkan pelajaran di UM. Pertama adalah melalui UPU Online dan juga melalui direct intake daripada UM sendiri.

Syarat Am Kemasukan UM

  • SPM dengan kepujian (kredit) bagi subjek Bahasa Melayu.
  • Lulus subjek Sejarah SPM.

Itu adalah syarat Am yang paling asas perlu diikuti. Berbeza pula dengan syarat khas.

Syarat Khas Kemasukan UM

  • Walaupun syarat minimum CGPA 2.0, anda perlulah mempunyai CGPA 3.80 – 4.00 untuk mencerahkan peluang anda. Ini kerana persaingan sangat tinggi.
  • Wajib lulus temuduga.
  • MUET perlulah sekurang-kurangnya band 2,3, atau 4. Namun ianya bergantung kepada fakulti.

Laluan Kemasukan ke UM tahun 2026

Permohonan kemasukan di UM boleh dibuat melalui:

Kami mengucapkan selamat maju jaya, semoga hasrat anda untuk menyambung pelajaran di Universiti Malaya tercapai.

Artikel berkaitan: Pendaftaran subjek UM

Leave a Comment