Permohonan Sekolah Seni Malaysia 2027 Tingkatan 1

Adakah anda ingin anak anda memasuki sekolah seni untuk tingkatan 1? Ini kerana permohonan kemasukan ke sekolah seni kini dibuka secara online.

Permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia (SSeM) dan Program Pendidikan Seni (PPS) bagi sesi persekolahan tahun 2027 akan dibuka mulai 30 Jun 2026 sehingga 30 Ogos 2026.

Murid Tahun 6 sesi akademik 2026 yang mempunyai minat, bakat dan potensi dalam bidang seni dipelawa untuk mengemukakan permohonan secara dalam talian melalui sistem eSSEM Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Tarikh Permohonan Sekolah Seni Malaysia 2027

Berikut adalah jadual permohonan yang telah diumumkan:

PerkaraTarikh
Tarikh Buka Permohonan30 Jun 2026
Tarikh Tutup Permohonan30 Ogos 2026

Calon dinasihatkan untuk membuat permohonan lebih awal bagi mengelakkan sebarang masalah teknikal pada saat akhir.

Bidang Seni Ditawarkan

Sekolah Seni Malaysia menawarkan empat bidang utama iaitu:

  • Seni Visual
  • Seni Tari
  • Seni Teater
  • Seni Muzik

Setiap bidang memberi peluang kepada murid berbakat untuk mengembangkan potensi seni mereka di samping mengikuti kurikulum akademik kebangsaan.

Syarat Permohonan

Permohonan terbuka kepada:

  • Murid Tahun 6 sesi persekolahan 2026
  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai minat dan bakat dalam bidang seni yang dipohon
  • Memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

Cara Memohon Sekolah Seni Malaysia 2027

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi eSSEM.

Langkah-langkah permohonan:

  1. Layari portal eSSEM di https://essem.moe.gov.my
  2. Daftar akaun pemohon.
  3. Lengkapkan maklumat peribadi dan akademik.
  4. Pilih bidang seni yang diminati.
  5. Semak dan hantar permohonan.
  6. Simpan slip pengesahan permohonan untuk rujukan.

Pautan Permohonan

Permohonan boleh dibuat melalui pautan berikut:

https://essem.moe.gov.my

Kelebihan Menyertai Sekolah Seni Malaysia

Sekolah Seni Malaysia diwujudkan bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan seni. Murid yang berjaya mendapat tempat akan menerima latihan serta bimbingan profesional dalam bidang yang dipilih.

Selain itu, pelajar turut berpeluang menyertai pelbagai pertandingan, persembahan dan program pembangunan bakat di peringkat kebangsaan serta antarabangsa.

Bagi murid Tahun 6 yang mempunyai bakat dalam bidang seni, peluang kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia dan Program Pendidikan Seni sesi 2027 ini tidak wajar dilepaskan. Permohonan dibuka bermula 30 Jun 2026 hingga 30 Ogos 2026 melalui sistem eSSEM KPM.

Pastikan permohonan dibuat dalam tempoh yang ditetapkan dan semua maklumat diisi dengan lengkap bagi melancarkan proses pemilihan.

Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada anda, supaya permohonan anda untuk memasuki sekolah seni diterima dan berjaya.

Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai permohonan ini, anda boleh hubungi:

Sebarang pertanyaan berkaitan pendaftaran, sila hubungi:

  • Dr. Mohd Azly bin Zakaria – Tel : 03-88841012

Artikel berkaitan: