Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2026 (Rasmi KPM)

Tarikh SPM 2026 menjadi antara maklumat yang dicari oleh calon, ibu bapa dan guru bagi membuat persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Lembaga Peperiksaan telah mengumumkan Jadual Waktu Peperiksaan (JWP) SPM 2026 rasmi, lengkap dengan tarikh Ujian Bertutur, Ujian Amali Sains dan peperiksaan bertulis.

Tarikh SPM 2026

Peperiksaan SPM 2026 berlangsung dalam beberapa fasa:

  • Ujian Bertutur Bahasa Melayu: 26 hingga 29 Oktober 2026
  • Ujian Bertutur Bahasa Inggeris: 2 hingga 5 November 2026
  • Ujian Amali Sains (Fizik, Kimia, Biologi, Sains Tambahan): 16 hingga 18 November 2026
  • Peperiksaan Bertulis dan Ujian Mendengar Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris: 23 November hingga 17 Disember 2026

Peperiksaan bertulis bermula dengan kertas Bahasa Melayu Kertas 4 (Ujian Mendengar) pada 23 November 2026 dan berakhir dengan kertas Matematik Tambahan Kertas 2 pada 17 Disember 2026. Cuti khas diberikan pada 11 Disember 2026 (Jumaat) sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor, tiada peperiksaan dijadualkan pada hari tersebut.

Jadual Penuh Peperiksaan SPM 2026

Klik pada setiap tarikh di bawah untuk lihat kod kertas, nama kertas dan waktu peperiksaan.

Isnin, 23 November 2026
MasaKod KertasNama Kertas
9:00–9:30 pg1103/4Bahasa Melayu Kertas 4 – Ujian Mendengar
10:45 pg–12:45 tgh1103/1Bahasa Melayu Kertas 1
2:30–5:00 ptg1103/2Bahasa Melayu Kertas 2
Selasa, 24 November 2026
MasaKod KertasNama Kertas
9:00–9:40 pg1119/4Bahasa Inggeris Kertas 4 – Ujian Mendengar
11:00 pg–12:30 tgh1119/1Bahasa Inggeris Kertas 1
2:30–4:00 ptg1119/2Bahasa Inggeris Kertas 2
Rabu, 25 November 2026
MasaKod KertasNama Kertas
8:15–10:30 pg5402/1Al-Syariah Kertas 1
8:15–10:45 pg1223/1, 1225, 5228, 5304/1Pendidikan Islam K1 / Pendidikan Moral / Pendidikan Syari’ah Islamiah / Turath Dirasat Islamiah K1
2:30–4:00 ptg5302/2Maharat Al-Quran Kertas 2
2:30–5:00 ptg3729/1Pertanian Kertas 1
Khamis, 26 November 2026
MasaKod KertasNama Kertas
8:15–9:45 pg1449/1Matematik Kertas 1
10:45 pg–1:15 tgh1449/2Matematik Kertas 2
Isnin, 30 November 2026
MasaKod KertasNama Kertas
8:15–9:15 pg1249/1Sejarah Kertas 1
10:30 pg–1:00 tgh1249/2Sejarah Kertas 2
2:30–5:00 ptg5226Tasawwur Islam
Selasa, 1 Disember 2026
MasaKod KertasNama Kertas
8:15–10:30 pg5404/1Manahij al-‘Ulum al-Islamiah Kertas 1
8:15–11:15 pg2611/2Pendidikan Seni Visual – Ujian Melukis Kertas 2
12:00–1:00 tgh2611/1Pendidikan Seni Visual – Teori Seni Kertas 1
2:30–4:00 ptg2621/1Pendidikan Muzik Kertas 1
2:30–5:00 ptg3763/1Reka Cipta Kertas 1
Rabu, 2 Disember 2026
MasaKod KertasNama Kertas
8:15–9:30 pg3766/1, 4551/1Perniagaan K1 / Biologi K1
10:45 pg–1:00 tgh3766/2Perniagaan Kertas 2
10:45 pg–1:15 tgh4551/2Biologi Kertas 2
2:30–5:00 ptg3766/4Perniagaan Kertas 4
Khamis, 3 Disember 2026
MasaKod KertasNama Kertas
8:15–9:30 pg1511/1, 4531/1Sains K1 / Fizik K1
10:30 pg–1:00 tgh1511/2, 4531/2Sains K2 / Fizik K2
2:30–5:00 ptg3769/1Sains Rumah Tangga Kertas 1
Isnin, 7 Disember 2026
MasaKod KertasNama Kertas
8:15–9:30 pg3767/1Ekonomi Kertas 1
10:45 pg–1:00 tgh3767/2Ekonomi Kertas 2
2:30–4:30 ptg7101/1–7110/1Vokasional: Pembinaan Domestik, Kerja Paip, Pendawaian, Kimpalan, Menservis Automobil/Motosikal/Penyejukan/Elektrik, Pembuatan Perabot
2:30–5:00 ptg7201/1–7407/1Vokasional: Rekaan & Jahitan Pakaian, Katering & Penyajian, Pemprosesan Makanan, Asuhan & Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Penjagaan Muka & Penggayaan Rambut, Gerontologi Asas & Geriatrik, Landskap & Nurseri, Akuakultur & Haiwan Rekreasi, Tanaman Makanan, Produksi Multimedia, Produksi Reka Tanda, Hiasan Dalaman, Reka Bentuk Grafik Digital
2:30–5:00 ptg3759/1, 3771/1Lukisan Kejuruteraan K1 / Grafik Komunikasi Teknikal K1
Selasa, 8 Disember 2026
MasaKod KertasNama Kertas
8:15–10:00 pg6351/1, 6354/1, 6356/1, 6357/1, 6358Bahasa Cina/Tamil/Iban/Kadazandusun/Semai K1
8:15–10:45 pg5403/1, 2361/1, 5305/1Al-Lughah al-Arabiah / Bahasa Arab K1 / Turath Bahasa Arab K1
2:30–4:45 ptg6351/2, 6354/2, 6356/2, 6357/2Bahasa Cina/Tamil/Iban/Kadazandusun K2
Rabu, 9 Disember 2026
MasaKod KertasNama Kertas
8:15–9:30 pg4572/1Sains Sukan Kertas 1
8:15–10:30 pg5401/1Usul al-Din Kertas 1
10:30 pg–1:00 tgh4572/2Sains Sukan Kertas 2
2:30–5:00 ptg3754/1, 3760/1, 3761/1, 3762/1, 3768/1Keusahawanan / Kejuruteraan Mekanikal, Awam, Elektrik & Elektronik / Asas Kelestarian K1
Khamis, 10 Disember 2026
MasaKod KertasNama Kertas
8:15–10:15 pg9221, 9378Bible Knowledge / Bahasa Punjabi
8:15–10:45 pg5227/1, 5303/1Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah K1 / Turath Al-Quran dan Al-Sunnah K1
2:30–5:00 ptg3770/1Sains Komputer Kertas 1
Jumaat, 11 Disember 2026 — Cuti Sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor (tiada peperiksaan)
Isnin, 14 Disember 2026
MasaKod KertasNama Kertas
8:15–9:30 pg3756/1Prinsip Perakaunan Kertas 1
10:45 pg–1:15 tgh3756/2Prinsip Perakaunan Kertas 2
2:30–4:45 ptg5405/1Al-Adab wa al-Balaghah Kertas 1
2:30–5:00 ptg3756/4Prinsip Perakaunan Kertas 4
Selasa, 15 Disember 2026
MasaKod KertasNama Kertas
8:15–9:30 pg4541/1, 4561/1Kimia K1 / Sains Tambahan K1
10:45 pg–1:15 tgh4541/2, 4561/2Kimia K2 / Sains Tambahan K2
Rabu, 16 Disember 2026
MasaKod KertasNama Kertas
8:15–10:45 pg2206, 2216/1, 9216, 9217Kesusasteraan Inggeris / Melayu Komunikatif K1 / Cina / Tamil
11:45 pg–1:00 tgh2280/1Geografi Kertas 1
2:30–5:00 ptg2280/2Geografi Kertas 2
Khamis, 17 Disember 2026
MasaKod KertasNama Kertas
8:15–10:15 pg3472/1Matematik Tambahan Kertas 1
2:30–5:00 ptg3472/2Matematik Tambahan Kertas 2
Ujian Bertutur & Ujian Amali Sains (sebelum peperiksaan bertulis)
TarikhKod KertasNama Kertas
26–29 Okt 20261103/3Bahasa Melayu Kertas 3 – Ujian Bertutur
2–5 Nov 20261119/3Bahasa Inggeris Kertas 3 – Ujian Bertutur
16 Nov 20264531/3Fizik Kertas 3 – Ujian Amali Sains
17 Nov 20264541/3Kimia Kertas 3 – Ujian Amali Sains
18 Nov 20264551/3, 4561/3Biologi K3 / Sains Tambahan K3 – Ujian Amali Sains

Nota: Jadual di atas merangkumi mata pelajaran utama dan aliran vokasional/agama/bahasa. Calon disarankan menyemak kod kertas mata pelajaran masing-masing di Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan.

Cara Semak Tarikh SPM dan Jadual Rasmi 2026

Jadual rasmi SPM boleh diperolehi di sini JADUAL SPM 2026 KPM.

Perkara Penting yang Perlu Diketahui Calon

Selain tarikh, calon perlu memberi perhatian kepada beberapa arahan peperiksaan berikut:

  • Calon perlu berada di Dewan/Bilik Peperiksaan 20 minit lebih awal bagi peperiksaan bertulis.
  • Kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri wajib diletakkan di penjuru meja sepanjang peperiksaan.
  • Calon yang tiba lewat 30 minit selepas peperiksaan bermula boleh dibenarkan masuk atas budi bicara Ketua Pengawas Peperiksaan, dengan syarat memberi alasan yang kukuh. Tiada masa gantian diberikan.
  • Telefon bimbit, peranti elektronik, nota dan bahan rujukan lain dilarang sama sekali dibawa masuk ke bilik peperiksaan.
  • Calon berkeperluan pendidikan khas layak mendapat masa tambahan mengikut kategori dan tempoh peperiksaan asal.

Persediaan Menghadapi SPM 2026

Dengan jadual rasmi ini, calon digalakkan menyusun jadual ulang kaji mengikut tarikh sebenar peperiksaan bagi setiap mata pelajaran. Antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah:

  • Jadual peperiksaan rasmi mengikut kod kertas
  • Mata pelajaran yang diambil
  • Lokasi pusat peperiksaan
  • Keperluan dokumen peperiksaan

Semoga perkongsian ini dapat membantu calon membuat persediaan awal menghadapi peperiksaan SPM 2026.

Artikel berkaitan: