Perhatian kepada pelajar yang berminat untuk bersekolah di sekolah khusus, permohonan bagi tahun 2027 dibuka.
Untuk makluman, sekolah khusus adalah meliputi sekolah SBP, SMKA, SMT,KV,MTD dan MRSM.
Mulai tahun ini, permohonan kemasukan ke sekolah-sekolah ini disatukan di dalam satu sistem permohonan yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Tarikh Permohonan Sekolah Khusus 2027
- Permohonan dibuka: 10 Julai 2026
- Permohonan ditutup: 14 Ogos 2026.
Tarikh PKSK 2027
Bagi ujian PKSK pula, ianya akan dijalankan mengikut tarikh berikut:
- PKSK tingkatan 4: 21 September – 1 Oktober 2026
- PKSK tingkatan 1: 12 Oktober 0=- 22 Oktober 2026.
Para ibu bapa perlulah cakna dengan tarikh ini, bagi mengelakkan anda terlepas peluang untuk membuat permohonan ke Sekolah Khusus ambilan 2027.
Syarat Kelayakan Sekolah Khusus 2027
Syarat kelayakan sekolah khusus adalah seperti berikut:
Tingkatan 1:
- Murid tahun 6 sesi 2026
- Warganegara Malaysia
- Mempunyai maklumat dalam APDM.
Tingkatan 4:
- Murid tingkatan 3 pada tahun 2026.
- Warganegara Malaysia.
- Mempunyai maklumat dalam APDM.
Cara Permohonan Sekolah Khusus 2027
Permohonan boleh dibuat mengikut langkah berikut:
- Layari portal permohonan seperti berikut:
- Tingkatan 4: https://spskt4.moe.gov.my/
- Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my/
- Pergi ke bahagian permohonan dan isi borang permohonan.
- Anda perlu mendaftar dahulu pada sistem ini untuk membolehkan anda membuat permohonan.
Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada anda. Semoga permohonan anda memasuki sekolah khusu tahun 2027 berjaya.
Aritkel berkaitan: