Tarikh SPM 2026 menjadi antara maklumat yang dicari oleh calon, ibu bapa dan guru bagi membuat persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Lembaga Peperiksaan telah mengumumkan Jadual Waktu Peperiksaan (JWP) SPM 2026 rasmi, lengkap dengan tarikh Ujian Bertutur, Ujian Amali Sains dan peperiksaan bertulis.
Tarikh SPM 2026
Peperiksaan SPM 2026 berlangsung dalam beberapa fasa:
- Ujian Bertutur Bahasa Melayu: 26 hingga 29 Oktober 2026
- Ujian Bertutur Bahasa Inggeris: 2 hingga 5 November 2026
- Ujian Amali Sains (Fizik, Kimia, Biologi, Sains Tambahan): 16 hingga 18 November 2026
- Peperiksaan Bertulis dan Ujian Mendengar Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris: 23 November hingga 17 Disember 2026
Peperiksaan bertulis bermula dengan kertas Bahasa Melayu Kertas 4 (Ujian Mendengar) pada 23 November 2026 dan berakhir dengan kertas Matematik Tambahan Kertas 2 pada 17 Disember 2026. Cuti khas diberikan pada 11 Disember 2026 (Jumaat) sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor, tiada peperiksaan dijadualkan pada hari tersebut.
Jadual Penuh Peperiksaan SPM 2026
Klik pada setiap tarikh di bawah untuk lihat kod kertas, nama kertas dan waktu peperiksaan.
Isnin, 23 November 2026
| Masa | Kod Kertas | Nama Kertas |
| 9:00–9:30 pg | 1103/4 | Bahasa Melayu Kertas 4 – Ujian Mendengar |
| 10:45 pg–12:45 tgh | 1103/1 | Bahasa Melayu Kertas 1 |
| 2:30–5:00 ptg | 1103/2 | Bahasa Melayu Kertas 2 |
Selasa, 24 November 2026
| Masa | Kod Kertas | Nama Kertas |
| 9:00–9:40 pg | 1119/4 | Bahasa Inggeris Kertas 4 – Ujian Mendengar |
| 11:00 pg–12:30 tgh | 1119/1 | Bahasa Inggeris Kertas 1 |
| 2:30–4:00 ptg | 1119/2 | Bahasa Inggeris Kertas 2 |
Rabu, 25 November 2026
| Masa | Kod Kertas | Nama Kertas |
| 8:15–10:30 pg | 5402/1 | Al-Syariah Kertas 1 |
| 8:15–10:45 pg | 1223/1, 1225, 5228, 5304/1 | Pendidikan Islam K1 / Pendidikan Moral / Pendidikan Syari’ah Islamiah / Turath Dirasat Islamiah K1 |
| 2:30–4:00 ptg | 5302/2 | Maharat Al-Quran Kertas 2 |
| 2:30–5:00 ptg | 3729/1 | Pertanian Kertas 1 |
Khamis, 26 November 2026
| Masa | Kod Kertas | Nama Kertas |
| 8:15–9:45 pg | 1449/1 | Matematik Kertas 1 |
| 10:45 pg–1:15 tgh | 1449/2 | Matematik Kertas 2 |
Isnin, 30 November 2026
| Masa | Kod Kertas | Nama Kertas |
| 8:15–9:15 pg | 1249/1 | Sejarah Kertas 1 |
| 10:30 pg–1:00 tgh | 1249/2 | Sejarah Kertas 2 |
| 2:30–5:00 ptg | 5226 | Tasawwur Islam |
Selasa, 1 Disember 2026
| Masa | Kod Kertas | Nama Kertas |
| 8:15–10:30 pg | 5404/1 | Manahij al-‘Ulum al-Islamiah Kertas 1 |
| 8:15–11:15 pg | 2611/2 | Pendidikan Seni Visual – Ujian Melukis Kertas 2 |
| 12:00–1:00 tgh | 2611/1 | Pendidikan Seni Visual – Teori Seni Kertas 1 |
| 2:30–4:00 ptg | 2621/1 | Pendidikan Muzik Kertas 1 |
| 2:30–5:00 ptg | 3763/1 | Reka Cipta Kertas 1 |
Rabu, 2 Disember 2026
| Masa | Kod Kertas | Nama Kertas |
| 8:15–9:30 pg | 3766/1, 4551/1 | Perniagaan K1 / Biologi K1 |
| 10:45 pg–1:00 tgh | 3766/2 | Perniagaan Kertas 2 |
| 10:45 pg–1:15 tgh | 4551/2 | Biologi Kertas 2 |
| 2:30–5:00 ptg | 3766/4 | Perniagaan Kertas 4 |
Khamis, 3 Disember 2026
| Masa | Kod Kertas | Nama Kertas |
| 8:15–9:30 pg | 1511/1, 4531/1 | Sains K1 / Fizik K1 |
| 10:30 pg–1:00 tgh | 1511/2, 4531/2 | Sains K2 / Fizik K2 |
| 2:30–5:00 ptg | 3769/1 | Sains Rumah Tangga Kertas 1 |
Isnin, 7 Disember 2026
| Masa | Kod Kertas | Nama Kertas |
| 8:15–9:30 pg | 3767/1 | Ekonomi Kertas 1 |
| 10:45 pg–1:00 tgh | 3767/2 | Ekonomi Kertas 2 |
| 2:30–4:30 ptg | 7101/1–7110/1 | Vokasional: Pembinaan Domestik, Kerja Paip, Pendawaian, Kimpalan, Menservis Automobil/Motosikal/Penyejukan/Elektrik, Pembuatan Perabot |
| 2:30–5:00 ptg | 7201/1–7407/1 | Vokasional: Rekaan & Jahitan Pakaian, Katering & Penyajian, Pemprosesan Makanan, Asuhan & Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Penjagaan Muka & Penggayaan Rambut, Gerontologi Asas & Geriatrik, Landskap & Nurseri, Akuakultur & Haiwan Rekreasi, Tanaman Makanan, Produksi Multimedia, Produksi Reka Tanda, Hiasan Dalaman, Reka Bentuk Grafik Digital |
| 2:30–5:00 ptg | 3759/1, 3771/1 | Lukisan Kejuruteraan K1 / Grafik Komunikasi Teknikal K1 |
Selasa, 8 Disember 2026
| Masa | Kod Kertas | Nama Kertas |
| 8:15–10:00 pg | 6351/1, 6354/1, 6356/1, 6357/1, 6358 | Bahasa Cina/Tamil/Iban/Kadazandusun/Semai K1 |
| 8:15–10:45 pg | 5403/1, 2361/1, 5305/1 | Al-Lughah al-Arabiah / Bahasa Arab K1 / Turath Bahasa Arab K1 |
| 2:30–4:45 ptg | 6351/2, 6354/2, 6356/2, 6357/2 | Bahasa Cina/Tamil/Iban/Kadazandusun K2 |
Rabu, 9 Disember 2026
| Masa | Kod Kertas | Nama Kertas |
| 8:15–9:30 pg | 4572/1 | Sains Sukan Kertas 1 |
| 8:15–10:30 pg | 5401/1 | Usul al-Din Kertas 1 |
| 10:30 pg–1:00 tgh | 4572/2 | Sains Sukan Kertas 2 |
| 2:30–5:00 ptg | 3754/1, 3760/1, 3761/1, 3762/1, 3768/1 | Keusahawanan / Kejuruteraan Mekanikal, Awam, Elektrik & Elektronik / Asas Kelestarian K1 |
Khamis, 10 Disember 2026
| Masa | Kod Kertas | Nama Kertas |
| 8:15–10:15 pg | 9221, 9378 | Bible Knowledge / Bahasa Punjabi |
| 8:15–10:45 pg | 5227/1, 5303/1 | Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah K1 / Turath Al-Quran dan Al-Sunnah K1 |
| 2:30–5:00 ptg | 3770/1 | Sains Komputer Kertas 1 |
Jumaat, 11 Disember 2026 — Cuti Sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor (tiada peperiksaan)
Isnin, 14 Disember 2026
| Masa | Kod Kertas | Nama Kertas |
| 8:15–9:30 pg | 3756/1 | Prinsip Perakaunan Kertas 1 |
| 10:45 pg–1:15 tgh | 3756/2 | Prinsip Perakaunan Kertas 2 |
| 2:30–4:45 ptg | 5405/1 | Al-Adab wa al-Balaghah Kertas 1 |
| 2:30–5:00 ptg | 3756/4 | Prinsip Perakaunan Kertas 4 |
Selasa, 15 Disember 2026
| Masa | Kod Kertas | Nama Kertas |
| 8:15–9:30 pg | 4541/1, 4561/1 | Kimia K1 / Sains Tambahan K1 |
| 10:45 pg–1:15 tgh | 4541/2, 4561/2 | Kimia K2 / Sains Tambahan K2 |
Rabu, 16 Disember 2026
| Masa | Kod Kertas | Nama Kertas |
| 8:15–10:45 pg | 2206, 2216/1, 9216, 9217 | Kesusasteraan Inggeris / Melayu Komunikatif K1 / Cina / Tamil |
| 11:45 pg–1:00 tgh | 2280/1 | Geografi Kertas 1 |
| 2:30–5:00 ptg | 2280/2 | Geografi Kertas 2 |
Khamis, 17 Disember 2026
| Masa | Kod Kertas | Nama Kertas |
| 8:15–10:15 pg | 3472/1 | Matematik Tambahan Kertas 1 |
| 2:30–5:00 ptg | 3472/2 | Matematik Tambahan Kertas 2 |
Ujian Bertutur & Ujian Amali Sains (sebelum peperiksaan bertulis)
| Tarikh | Kod Kertas | Nama Kertas |
| 26–29 Okt 2026 | 1103/3 | Bahasa Melayu Kertas 3 – Ujian Bertutur |
| 2–5 Nov 2026 | 1119/3 | Bahasa Inggeris Kertas 3 – Ujian Bertutur |
| 16 Nov 2026 | 4531/3 | Fizik Kertas 3 – Ujian Amali Sains |
| 17 Nov 2026 | 4541/3 | Kimia Kertas 3 – Ujian Amali Sains |
| 18 Nov 2026 | 4551/3, 4561/3 | Biologi K3 / Sains Tambahan K3 – Ujian Amali Sains |
Nota: Jadual di atas merangkumi mata pelajaran utama dan aliran vokasional/agama/bahasa. Calon disarankan menyemak kod kertas mata pelajaran masing-masing di Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan.
Cara Semak Tarikh SPM dan Jadual Rasmi 2026
Jadual rasmi SPM boleh diperolehi di sini JADUAL SPM 2026 KPM.
Perkara Penting yang Perlu Diketahui Calon
Selain tarikh, calon perlu memberi perhatian kepada beberapa arahan peperiksaan berikut:
- Calon perlu berada di Dewan/Bilik Peperiksaan 20 minit lebih awal bagi peperiksaan bertulis.
- Kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri wajib diletakkan di penjuru meja sepanjang peperiksaan.
- Calon yang tiba lewat 30 minit selepas peperiksaan bermula boleh dibenarkan masuk atas budi bicara Ketua Pengawas Peperiksaan, dengan syarat memberi alasan yang kukuh. Tiada masa gantian diberikan.
- Telefon bimbit, peranti elektronik, nota dan bahan rujukan lain dilarang sama sekali dibawa masuk ke bilik peperiksaan.
- Calon berkeperluan pendidikan khas layak mendapat masa tambahan mengikut kategori dan tempoh peperiksaan asal.
Persediaan Menghadapi SPM 2026
Dengan jadual rasmi ini, calon digalakkan menyusun jadual ulang kaji mengikut tarikh sebenar peperiksaan bagi setiap mata pelajaran. Antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah:
- Jadual peperiksaan rasmi mengikut kod kertas
- Mata pelajaran yang diambil
- Lokasi pusat peperiksaan
- Keperluan dokumen peperiksaan
Semoga perkongsian ini dapat membantu calon membuat persediaan awal menghadapi peperiksaan SPM 2026.
Artikel berkaitan: