Adakah anda keliru untuk memilih antara Sekolah Berasrama Penuh (SBP) atau Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) untuk anak anda? Di sini kami kongsikan perbezaan utama antara SBP dan MRSM untuk membantu anda membuat pilihan yang terbaik.
SBP dan MRSM adalah dua institusi pendidikan berasrama terbaik di Malaysia yang menawarkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan berkualiti tinggi. Pada artikel kali ini, kami kongsikan perbandingan lengkap antara SBP dan MRSM dari pelbagai aspek penting.
Perbezaan SBP dan MRSM
Berikut adalah perbezaan utama antara SBP dan MRSM yang perlu diketahui oleh ibu bapa dan pelajar:
1. Pentadbiran
- SBP — Dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
- MRSM — Dikendalikan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
2. Bilangan Sekolah
- SBP — Terdapat 94 buah SBP di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
- MRSM — Terdapat 58 buah MRSM di seluruh Malaysia.
3. Cara Kemasukan
- SBP — Kemasukan melalui Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) bagi pelajar Tahun 6 dan Tingkatan 3.
- MRSM — Bermula 2026, kemasukan juga menggunakan sistem PKSK yang diselaraskan bersama SBP di bawah KPM. Bagi Tingkatan 4, calon perlu menduduki Ujian Bakat Am MARA.
- Permohonan Melalui sistem Sekolah Khusus.
4. Yuran Pengajian
- SBP — Percuma. Terdapat Yuran Makan Asrama (YMA) yang kadarnya bergantung kepada pendapatan isi rumah. Pelajar B40 layak mendapat pengecualian atau kadar yang sangat rendah.
- MRSM — Dikenakan yuran tahunan. Pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah layak mendapat pengecualian yuran.
5. Fokus Akademik
- SBP — Merangkumi pelbagai aliran akademik termasuk sains, sastera dan teknikal.
- MRSM — Lebih memfokuskan kepada bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
6. Kelayakan Kaum
- SBP — Terbuka kepada semua kaum warganegara Malaysia.
- MRSM — Diutamakan kepada pelajar Bumiputera. Hanya MRSM terpilih yang menerima pelajar bukan Bumiputera secara terhad.
SBP atau MRSM: Mana Yang Lebih Sesuai?
Bagi ibu bapa yang masih keliru untuk membuat pilihan, hakikatnya kedua-dua SBP dan MRSM menawarkan pendidikan berasaskan sains yang setara tinggi.
Perbezaan utama yang perlu dipertimbangkan adalah dari segi yuran, SBP lebih murah berbanding MRSM, dan dari segi jaringan , MRSM memberi kelebihan kepada pelajar Bumiputera untuk mendapat akses kepada biasiswa dan program MARA ke luar negara.
Sekiranya anak anda bukan Bumiputera, SBP adalah pilihan yang lebih sesuai. Namun begitu, ibu bapa tidak perlu terlalu risau tentang pilihan ini kerana bermula 2026, permohonan ke SBP dan MRSM dibuat serentak melalui sistem Sekolah Khusus yang sama di bawah KPM, jadi anak anda berpeluang mendapat tawaran dari kedua-dua institusi dengan satu permohonan sahaja.
Buat keputusan akhir hanya setelah tawaran diterima dan bincangkan bersama anak anda kerana kesesuaian persekitaran adalah lebih penting daripada nama sekolah semata-mata.
Secara keseluruhannya, kedua-dua SBP dan MRSM menawarkan standard pendidikan yang tinggi dan peluang kokurikulum yang luas. Keputusan terbaik adalah berdasarkan minat, kekuatan akademik dan keperluan anak anda.
Semoga dengan artikel perbandingan SBP dan MRSM ini dapat membantu anda untuk membuat pilihan terbaik bagi masa depan pendidikan anak anda.
Artikel lain: