Adakah anda ingin mengetahui tarikh bayaran dan jumlah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 bagi tahun 2026? Di sini kami kongsikan maklumat terkini berkaitan tarikh bayaran, jumlah mengikut kategori dan cara semakan STR Fasa 3 2026.
STR atau Sumbangan Tunai Rahmah adalah bantuan tunai kerajaan yang disalurkan kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana di Malaysia. Bayaran STR 2026 dibahagikan kepada empat fasa sepanjang tahun. Pada artikel kali ini, kami kongsikan maklumat lengkap berkaitan STR Fasa 3 2026 berdasarkan maklumat rasmi daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
Tarikh Bayaran STR Fasa 3 2026
Tarikh tepat bayaran STR Fasa 3 2026 masih belum diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Berdasarkan trend pembayaran tahun sebelumnya di mana STR Fasa 3 2025 telah dibayar pada 12 Ogos 2025, bayaran STR Fasa 3 2026 dijangka akan disalurkan sekitar Julai hingga Ogos 2026 secara berperingkat.
Tarikh rasmi akan diumumkan melalui portal STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my dan media sosial rasmi Kementerian Kewangan Malaysia.
Nota: Permohonan baharu, rayuan dan kemas kini maklumat untuk kelayakan Fasa 3 telah ditutup pada 15 Jun 2026.
Jumlah Bayaran STR Fasa 3 2026
Jumlah tepat bayaran STR Fasa 3 2026 masih belum diumumkan oleh LHDNM. Walau bagaimanapun, berdasarkan jadual kelayakan maksimum STR 2026 yang telah ditetapkan, berikut adalah anggaran baki bayaran bagi Fasa 3 dan Fasa 4 mengikut kategori:
Kategori Isi Rumah Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah:
- Tiada anak — Kelayakan maksimum RM700 | Fasa 1: RM200 | Fasa 2: RM150 | Baki Fasa 3 & 4: RM350
- 1 hingga 2 anak — Kelayakan maksimum RM1,200 | Fasa 1: RM300 | Fasa 2: RM300 | Baki Fasa 3 & 4: RM600
- 3 hingga 4 anak — Kelayakan maksimum RM1,700 | Fasa 1: RM400 | Fasa 2: RM450 | Baki Fasa 3 & 4: RM850
- 5 anak dan ke atas — Kelayakan maksimum RM2,200 | Fasa 1: RM500 | Fasa 2: RM600 | Baki Fasa 3 & 4: RM1,100
Kategori Isi Rumah Berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000:
- Tiada anak — Kelayakan maksimum RM200 | Fasa 1: RM100 | Fasa 2: RM100 | Baki Fasa 3 & 4: RM0
- 1 hingga 2 anak — Kelayakan maksimum RM450 | Fasa 1: RM100 | Fasa 2: RM100 | Baki Fasa 3 & 4: RM250
- 3 hingga 4 anak — Kelayakan maksimum RM700 | Fasa 1: RM150 | Fasa 2: RM200 | Baki Fasa 3 & 4: RM350
- 5 anak dan ke atas — Kelayakan maksimum RM950 | Fasa 1: RM200 | Fasa 2: RM250 | Baki Fasa 3 & 4: RM500
Kategori Warga Emas Tiada Pasangan Berpendapatan RM5,000 dan ke bawah:
Kelayakan maksimum RM600 | Fasa 1: RM150 | Fasa 2: RM150 | Baki Fasa 3 & 4: RM300
Kategori Bujang Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah:
Penerima kategori bujang tidak menerima bayaran tunai STR mengikut fasa. Sebaliknya, bantuan disalurkan melalui program SARA pada kadar RM50 sebulan bersamaan RM600 setahun.
Nota: Jumlah di atas adalah anggaran baki kelayakan bagi Fasa 3 dan Fasa 4 secara keseluruhan. Pecahan amaun tepat bagi Fasa 3 sahaja akan diumumkan oleh LHDNM apabila tarikh bayaran rasmi ditetapkan. Maklumat ini adalah berdasarkan FAQ rasmi LHDNM bertarikh 9 Mac 2026.
Cara Semak Status Bayaran STR Fasa 3 2026
Semakan status bayaran STR Fasa 3 2026 boleh dibuat melalui portal rasmi MySTR. Caranya adalah seperti berikut:
- Layari portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik Log Masuk MySTR.
- Masukkan nombor MyKad pemohon.
- Masukkan kata laluan dan klik Log Masuk.
- Klik Semakan Status dan pilih Maklumat Bayaran untuk melihat status dan jumlah bayaran STR Fasa 3.
Maklumat yang akan dipaparkan dalam semakan termasuk nombor akaun kredit, nama penerima, fasa pembayaran, jumlah dikredit dan status kredit.
Cara Tuntut Bayaran STR Fasa 3 di BSN
Penerima yang tidak mempunyai akaun bank atau mengalami gagal kredit boleh menuntut bayaran secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Caranya adalah seperti berikut:
- Pastikan status bayaran menunjukkan Gagal Kredit dalam portal MySTR sebelum hadir ke BSN.
- Hadir ke mana-mana cawangan BSN berdekatan.
- Bawa Kad Pengenalan asal pemohon untuk pengesahan identiti.
- Tuntut bayaran STR Fasa 3 di kaunter BSN.
Untuk pertanyaan lanjut berkaitan bayaran STR Fasa 3 2026, hubungi Hotline HASiL di talian 1-800-88-2747.
Semoga dengan artikel STR Fasa 3 2026 ini dapat membantu anda untuk mengetahui tarikh bayaran dan jumlah bantuan yang akan diterima dengan lebih jelas dan tepat.
Artikel lain: