Adakah anda seorang ibu bapa atau penjaga yang ingin mengetahui tentang Bantuan Kanak-Kanak (BKK) daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat? Di sini kami kongsikan maklumat lengkap mengenai Bantuan Kanak-Kanak JKM 2026 termasuk syarat kelayakan, jumlah bantuan dan cara memohon.
Bantuan Kanak-Kanak (BKK) adalah bantuan kewangan bulanan yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada keluarga atau penjaga yang mempunyai anak di bawah umur 18 tahun. Pada artikel kali ini, kami kongsikan segala maklumat berkaitan BKK JKM 2026.
Artikel lain:
Bantuan Kanak-Kanak JKM 2026
Bantuan Kanak-Kanak JKM diberikan secara bulanan mengikut kadar berikut:
- Anak berumur 6 tahun ke bawah — RM250 sebulan
- Anak berumur 7 hingga 18 tahun — RM200 sebulan
- Jumlah maksimum — RM1,000 sebulan seisi rumah
Syarat Kelayakan BKK JKM 2026
Untuk layak menerima Bantuan Kanak-Kanak JKM, pemohon perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
- Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.
- Mempunyai anak atau kanak-kanak di bawah jagaan yang berumur bawah 18 tahun.
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.
- Anak tidak menerima Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMBPK), Elaun PDK atau mana-mana bantuan bulanan JKM yang lain.
- Anak berumur 16 tahun ke atas yang telah bekerja sepenuh masa dan tidak lagi bersekolah tidak layak menerima BKK.
Cara Mohon Bantuan Kanak-Kanak JKM 2026
Terdapat dua cara untuk memohon BKK JKM. Caranya adalah seperti berikut:
Permohonan Online:
- Layari portal eBantuan JKM di https://ebantuanjkm.jkm.gov.my
- Klik bahagian Daftar Permohonan atau muat turun Borang JKM18.
- Isi maklumat yang diperlukan dan serahkan borang dalam tempoh 14 hari.
Permohonan di Pejabat JKM:
- Pergi ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berdekatan.
- Isi borang permohonan di kaunter.
- Serahkan semua dokumen sokongan yang diperlukan.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen sokongan yang perlu dibawa semasa membuat permohonan adalah seperti berikut:
- Salinan MyKad pemohon.
- Salinan sijil kelahiran anak.
- Penyata pendapatan atau slip gaji terkini.
- Salinan bil utiliti (air atau elektrik).
- Salinan buku akaun bank terkini.
Semakan Status BKK JKM
Setelah membuat permohonan, anda boleh membuat semakan status dengan cara berikut:
- Layari portal eBantuan JKM di https://ebantuanjkm.jkm.gov.my
- Klik butang Semak Status Permohonan Talian.
- Masukkan nombor Kad Pengenalan dan klik Semak.
Status permohonan anda akan dipaparkan. Tempoh kelulusan permohonan BKK JKM biasanya mengambil masa sekitar 30 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima.
Semoga dengan artikel Bantuan Kanak-Kanak JKM 2026 ini dapat membantu anda untuk mendapatkan bantuan yang diperlukan bagi meringankan beban perbelanjaan keluarga.
Artikel lain: