Perhatian buat pelajar Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), semakan keputusan peperiksaan bagi pelajar dalam program Sarjana Muda boleh mula dibuat pada 9 Mac 2026.
Keputusan ini boleh mula disemak pada tarikh berkenaan bermula 9:00 pagi. Keputusan ini bagi peperiksaan Sarjana Muda Semester 1 sesi 2025/ 2026.
Cara Semakan Keputusan Peperiksaan UNIMAP
Keputusan peperiksaan ini boleh dibuat dengan log masuk ke dalam sistem Online Student Information (OSI) di alamat : https://osi.unimap.edu.my
Masukkan username dan password. Jika terlupa kata laluan, klik https://osi.unimap.edu.my/OSI_V2/OSI_pages_recoverpw.jsp?msg= , kemudian masukkan nombor matriks dan juga email student anda.
Selepas mendapat keputusan peperiksaan, anda digalakkan untuk mencetak slip keputusan peperiksaan anda. Ini kerana selepas status pelajar dikemaskini sebagai tamat pengajian, anda tidak dapat lagi mengakses laman OSI UNIMAP.
Semoga anda mendapat keputusan terbaik.
Artikel lain: Semakan Keputusan Peperiksaan UPM.