Permohonan Bantuan RM200 Insentif Mahasiswa Anak Johor 2026 (IMAJ)

Berita baik buat Mahasiswa yang berasal dari Johor. Kerajaan telah memperuntukkan bantuan one-off buat anda sebanyak RM200.

Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban sebagai seorang pelajar yang meyambung pelajaran di universiti.

Berita baik lagi, bantuan ini diberikan tanpa sebrang syarat had pendapatan keluarga. Selain itu, tidak kira pelajar berada di semester ke berapa akan menerima bantuan ini.

Tarikh Permohonan Insentif Mahasiswa Anak Johor 2026

Tarikh permohonan dibuka pada 6 Mac 2026 dan ditutup pada 14 Mac 2026.

Disebabkan tempoh permohonan amat singkat, anda digalakkan membuat permohonan secepat mungkin.

Syarat Kelayakan Pemohon

  • Dilahirkan di negeri Johor dan beralamt tetap di Johor seperti yang tertera pada Mykad.
  • Dilahirkan di luar Johor tetapi beralamat tetap di Johor (mengikut Mykad).

Peringkat Pengajian Yang Layak Mohon

  • Peringkat sijil, Asasi, Matrikulasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
  • Semua Institutsi yang berkaitan.

Cara Mohon Insentif Mahasiswa Anak Johor 2026

Permohonan boleh dibuat secara atas talian dengan melayari: https://bantuan-ypj.com/mohon_imaj.php

Kami mengucapkan selamat maju jaya. Semoga permohonan anda diterima dan gunakan bantuan kewangan tersebut ke arah kebaikan.

Artikel lain:

Leave a Comment