Ranking MRSM 2026: Senarai MRSM Terbaik (SPM 2025)

Adakah anda ingin mengetahui ranking Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) terbaik bagi tahun 2026? Di sini kami kongsikan senarai ranking MRSM terbaik berdasarkan keputusan SPM 2025.

Ranking MRSM ini disusun berdasarkan nilai Gred Purata Maktab (GPM) di mana semakin rendah nilai GPM, semakin baik prestasi keseluruhan sesebuah maktab. Pada artikel kali ini, kami kongsikan senarai penuh ranking MRSM terbaik 2026.

Artikel berkaitan: Permohonan Sekolah Khusus 2027.

Ranking MRSM 2026

Senarai ranking MRSM terbaik bagi tahun 2026 adalah berdasarkan keputusan SPM 2025 yang telah diumumkan pada 31 Mac 2026. Berikut adalah senarai ranking MRSM terbaik mengikut GPM:

  1. MRSM Tun Ghafar Baba (TGB), Johor – 1.14
  2. MRSM Gemencheh, Negeri Sembilan – 1.195
  3. MRSM Taiping (TEPEN), Perak – 1.22
  4. MRSM Pengkalan Chepa (PC), Kelantan – 1.25
  5. MRSM Kuala Kubu Bharu (KKB), Selangor – 1.28
  6. MRSM ATM Bera, Pahang – 1.71
  7. MRSM MABDA, Melaka – 1.73
  8. MRSM Kota Putra (KOPU), Terengganu – 1.82
  9. MRSM Kota Tinggi (KONTAN), Johor – 1.88
  10. MRSM Tun Abdul Razak (TAR), Pahang – 1.89
  11. MRSM Shah Alam (SAS), Selangor – 1.90
  12. MRSM Pasir Tumboh (PTUMBOH), Kelantan – 1.97
  13. MRSM Batu Pahat, Johor – 2.02
  14. MRSM Subis (SUBES), Sarawak – 2.07
  15. MRSM Beseri, Perlis – 2.10
  16. MRSM Tumpat, Kelantan – 2.13
  17. MRSM Terendak, Melaka – 2.19
  18. MRSM Serting, Negeri Sembilan – 2.41
  19. MRSM Transkrian (TRANS), Kedah – 2.58

Nota: Senarai ranking ini adalah tidak rasmi dan disusun berdasarkan data Gred Purata Maktab (GPM) yang dikongsi oleh pihak berkaitan. Sebanyak 19 MRSM mencatatkan GPM bawah 2.0 bagi SPM 2025.

MRSM Tun Ghafar Baba (TGB) di Muar, Johor menduduki tempat pertama dalam ranking MRSM bagi SPM 2025 dengan nilai GPM 1.14, menjadikannya MRSM terbaik bagi tahun 2026. Pada keputusan SPM 2025 ini juga, seramai 80 pelajar MRSM berjaya mencatatkan keputusan Semua A+, peningkatan berbanding 69 pelajar pada tahun sebelumnya.

Semoga dengan artikel ranking MRSM 2026 berdasarkan keputusan SPM 2025 ini dapat membantu anda untuk membuat pilihan terbaik dalam menentukan maktab yang sesuai untuk anak anda.

Artikel lain: