Biasiswa KLK 2026: Permohonan dan Syarat Kelayakan

Yayasan KLK kembali menawarkan Biasiswa KLK 2026 kepada pelajar Malaysia yang cemerlang dan sedang menuntut atau telah mendapat tawaran di institusi pengajian tinggi tempatan. Biasiswa ini ditubuhkan oleh Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK) untuk membantu meringankan beban kewangan pelajar sambil menyediakan laluan kerjaya dalam Kumpulan KLK selepas tamat pengajian.

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik, secara lisan dan penulisan
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum
  • Telah mendapat tawaran sah daripada institusi pengajian tinggi
  • Tidak terikat, memegang biasiswa lain, atau menerima bantuan daripada mana-mana organisasi
  • Bersedia menandatangani ikatan perkhidmatan selama tiga tahun dengan Kumpulan KLK di mana-mana lokasi selepas tamat pengajian

Nilai Biasiswa

Penerima akan menerima geran tahunan sepanjang tempoh minimum kursus:

  • Institusi Awam: RM13,000 setahun
  • Institusi Swasta: RM20,000 setahun

Bidang Pengajian Digalakkan

Antara bidang keutamaan ialah

  • Pertanian (termasuk Sains Pertanian, Hortikultur dan Biologi Tumbuhan)
  • Pengurusan Perladangan dan Perhutanan
  • Perniagaan Tani (Agribusiness)
  • Kejuruteraan (Kimia, Mekanikal, Elektrik dan Instrumentasi)
  • Ekonomi
  • Pengurusan Perniagaan
  • Teknologi Maklumat (Sains Komputer dan Kejuruteraan Perisian).

Cara Permohonan dan Tarikh Tutup

Permohonan mesti dihantar secara dalam talian melalui borang rasmi Yayasan KLK di alamat : https://form.jotform.com/yayasanklk/yayasan-klk-scholarship-application

Hantar sebelum tarikh tutup 30 September 2026. Pemohon perlu melengkapkan borang, memuat naik dokumen sokongan yang diperlukan, dan menghantar permohonan sebelum tarikh tersebut. Borang permohonan boleh diakses melalui laman rasmi KLK atau dengan mengimbas kod QR yang disediakan.

Bagi pelajar yang berminat menceburi bidang perladangan, kejuruteraan atau perniagaan sambil menikmati sokongan kewangan yang kukuh, Biasiswa KLK 2026 merupakan salah satu pilihan biasiswa korporat yang wajar dipertimbangkan.

Sumber: Laman rasmi Kuala Lumpur Kepong Berhad (klk.com.my)