Jadual UPKK 2026: Tarikh Peperiksaan Bertulis KAFA

Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) merupakan ujian yang wajib diikuti oleh pelajar yang mengambil kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA).

Pada artikel kali ini kami kongsikan jadual UPKK 2026. Ini penting untuk rujukan ibu bapa dan juga guru-guru serta calon sendiri.

Untuk makluman, peperiksaan bertulis UPKK 2026 akan berlangsung pada 2 hingga 4 November 2026.

Apa itu UPKK?

Ujian Penilaian Kelas KAFA merupakan satu peperiksaan yang diambil pelajar KAFA darjah 5. Ia dikendalikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid dalam bidang pendidikan Islam.

Jadual Waktu UPKK 2026 (Lengkap)

Berikut adalah jadual waktu peperiksaan UPKK 2026 yang rasmi dikeluarkan oleh JAKIM:

TarikhHariWaktuKod KertasMata PelajaranTempoh
29 Jun – 28 Sep 2026Sepanjang TempohWaktu PersekolahanUPKK 08 & UPKK 09Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI) & Amali Solat3 Bulan
3 – 6 Ogos 2026Isnin – KhamisWaktu PersekolahanIKP 01Hifz Al-Quran4 Hari
28 Sep – 16 Okt 2026Sepanjang TempohWaktu PersekolahanUPKK 01Al-Quran (Tilawah)3 Minggu
2 November 2026Isnin2:30 – 3:45 PetangUPKK 02Akidah1 Jam 15 Minit
2 November 2026Isnin4:15 – 5:30 PetangUPKK 04Adab1 Jam 15 Minit
3 November 2026Selasa2:30 – 3:45 PetangUPKK 07Ibadah1 Jam 15 Minit
3 November 2026Selasa4:15 – 5:30 PetangUPKK 05Jawi & Khat1 Jam 15 Minit
4 November 2026Rabu3:00 – 4:15 PetangUPKK 03Sirah1 Jam 15 Minit
5 November 2026Khamis3:00 – 4:15 PetangUPKK 06Bahasa Arab1 Jam 15 Minit

Untuk maklumat lanjut dan info tepat kemaskini mengenai UPKK, boleh layari Portal SIMPENI JAKIM: https://simpeni.islam.gov.my/

Barang Perlu dibawa Semasa UPKK

Semasa UPKK berlangsung, jangan lupa membawa perkara berikut:

  • Slip peperiksaan
  • Pensel
  • Pemadam
  • Pen
  • Pembaris
  • Alat tulis tambahan
  • Air minuman jika anda dibenarkan.

Artikel lain: