Seseorang yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat Universiti memerlukan keputusan MUET untuk layak. Disebabkan itu, para pelajar wajib mengambil ujian MUET sama ada sebelum masuk universiti ataupun semasa berada di Universiti.
Namun, ujian MUET cuma dibuat beberapa kali setahun, disebabkan itu, pihak Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) memperkenalkan ujian MUET On Demand. Dimana, peperiksaan MUET dilaksanakan secara online dan jadual lebih fleksibel.
Anda sesuai mengambil MOD jika anda memerlukan keputusan MUET dengan cepat.
Cara Daftar Muet On Demand 2026
Berikut adalah cara untuk mendaftar Muet On Demand:
- Layari portal rasmi MPM di https://www.mpm.edu.my/
- Pergi ke bahagian pendaftaran MUET.
- Pilih MUET On Demand.
- Pilih tarikh yang masih dibuka pendaftarannya.
- Isi maklumat anda.
- Buat pembayaran secara online.
- Semak dan cetak slip anda, untuk melihat bila tarikh peperiksaan MOD anda diadakan.
Yuran Muet On Demand
Berikut adalah Yuran MOD:
- Warganegara: RM250
- Bukan Warganegara/ Passport: RM550
Format Ujian MUET On Demand 2026
Sama sahaja seperti ujian MUET biasa, MOD dibahagikan kepada komponen:
- Listening
- Speaking
- Reading
- Writing
Beza Muet Biasa dan MUet On Demand
Apa beza MOD dan ujian MUET biasa?
| Perkara | MUET Biasa | MUET on Demand |
|---|---|---|
| Jadual | Mengikut sesi utama tahunan | Mengikut tarikh khas MoD |
| Yuran | Lebih rendah | Lebih tinggi |
| Kesesuaian | Calon yang boleh tunggu sesi biasa | Calon yang perlukan tarikh lebih cepat |
| Pendaftaran | Online melalui sistem MPM | Online melalui sistem MoD MPM |
| Kekosongan | Mengikut sesi | Bergantung kepada tarikh dan tempat |
| Format | Mengikut ketetapan MPM | Biasanya CBT, tertakluk kepada ketetapan MPM |
Kami mengucapkan selamat maju jaya dan semoga anda mendapat keputusan cemerlang dalam ujian MUET On Demand 2026.
Artikel lain: