Ramai yang tidak tahu bahawa UiTM mempunyai satu program yang khusus untuk pelajar tahfiz yang diberi nama Program Plus Tahfiz UiTM.
Program ini sebenarnaya adalah satu program yang duwujudkan untuk mengelakkan pelajar lepasan tahfiz yang ambil kos profesional di Universiti tidak meninggalkan hafazan mereka.

Kelebihan Program Plus Tahfiz
Antara kelebihan yang bakal diperolehi jika anda masuk program ini adalah;
- Pelajar Plus Tahfiz diberi keutamaan untuk tinggal dalam kolej kediaman.
- Mendapat sijil
- Jadual teratur dengan sesi tasmik yang mana dibuat pada waktu petang atau malam.
- Kelas plus tahfiz tidak akan ganggu kelas akademik sedia ada.
Syarat Permohonan
Antara syarat permohonan Plus Tahfiz adalah:
- Wajib hafal 15 juzuk
- terbuka kepada pelajar semester 1 disemua kampus UiTM.
Cara Permohonan
Unit ACIS di kampus masing-masing akan mengeluarkan pautan google form yang perlu diisi bagi pelajar yang berminat dan berkelayakan.
Sebagai maklumat tambahan, tempoh pembelajaran Plus Tahfiz adalah sebanyak 5 semester.
Selamat membuat permohonan.
Tarikh Permohonan Dibuka
Permohonan dibuka sejurus selepas keputusan UPU diumumkan. Ini kerana salinan tawaran UPU diperlukan semasa membuat permohonan.