Bagi sesiapa yang berminat untuk menyambung pelajaran dalam pengajian jarak jauh, Universiti Sains Malaysia kini membuka permohonan Rancangan Pengajian Jarak Jauh (RPJJ) bagi sesi 2026 – 2027.
Antara kelebihan program ini adalah ianya flesibel dan amat sesuai untuk golongan dewasa ataupun mereka yang sedang bekerja.
Tempoh pengajian bagi RPJJ USM ini adalah 4 tahun.
Tarikh Penting Permohonan RPJJ USM 2026
Berikut adalah tarikh yang perlu anda ambil perhatian:
- Permohonan dibuka : 21 Januari 2026
- Permohonan ditutup: 10 April 2026
Senarai Program / Course ditawarkan
- Sains: Biologi atau Matematik
- Pengurusan : Kewangan, Strategi dan Pengurusan Organisasi atau Pemasaran.
- Sains Kemasyarakatan
- Sastera
Syarat Kelayakan Permohonan
Calon yang memiliki salah satu kelayakan berikut layak memohon:
- STPM / STP / HSC Setaraf
- Diploma / Diploma Vokasional Malaysia
- Matrikulasi KPM / Asasi
- A-Level
- APEL A
Yuran Pengajian
Yuran Pengajian adalah seperti berikut:
- Sastera : RM1880
- Sains Kemasyarakatan: RM1880
- Sains: RM2230
- Pengurusan: RM2280
Cara Permohonan RPJJ USM 2026 /2027
Permohonan boleh dibuat dengan melayari https://pohon.usm.my
Untuk membuat permohonan, anda perlulah mempunyai nombor rujukan USM-RPJJ. Jika belum ada, boleh dapati di https://epayment.usm.my dengan bayaran sebanyak RM60.

Pertanyaan
Jika terdapat sebarang persoalan, hubungi 04-653 6197 atau emel ask.us.sde@usm.my.
Selamat maju jaya kami ucapkan.