Semakan Keputusan IPG PISMP 2026 (Lepasan SPM)

Adakah anda telah mengikut UKCG, ujian fizikal seterusnya temuduga untuk kemasukan ke IPG bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) lepasan SPM? Jika ya, anda mesti ingin tahu bilakah keputusan akan diumumkan.

Tarikh rasmi telah diumumkan dimana calon boleh membuat semakan calon jaya pada tarikh 5 Jun 2026 bersamaan hari Jumaat.

Semakan boleh dibuat pada hari tersebut melalui pautan rasmi IPG di https://https://pismp.moe.gov.my/

Cara Semakan Calon Jaya Keputusan IPG 2026

Cara semakan sama ada anda berjaya dalam temuduga yang dijalankan adalah seperti berikut:

  1. Layari https://pismp.moe.gov.my
  2. Login dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan.
  3. Klik login.
  4. Keputusan akan diumumkan.

Selepas keputusan diumumkan, kebiasaannya anda perlu membuat pengesahan menerima tawaran tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Tahniah kami ucapkan jika anda salah seorang calon jaya dalam pengambila pelajar baru untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) lepasan SPM.

Tarikh pendaftaran pelajar baru adalah pada 10 Ogos 2026 bersamaan dengan hari Isnin.

Artikel lain: