Kementerian Pendidikan Mlalaysia kini membuka semakan tawaran Tingkatan 6 bagi sesi akademik 2026. Tawaran ini adalah bagi pelajar lepasan SPM 2025.
Kini anda boleh membuat semakan sama ada anda ditawarkan untuk masuk ke tingkatan 6 atau tidak. Semakan kemasukan tingkatan 6 ini dibuka mulai 24 April 2026 hingga 8 Mei 2026.
Cara Semakan Tingkatan 6 Sesi 2026
Berikut adalah cara semakan:
- Layari laman web https://sst6.moe.gov.my/semakanT6/index.cfm
- Masukkan nombor kad pengenalan anda.
- Klik semak.
- Jika berjaya, notis seperti berikut akan dipaparkan.

Jika anda tidak berjaya butang rayuan akan dipaparkan untuk anda mula membuat rayuan secara online.
Cara Rayuan Tingkatan 6
Untuk membuat rayuan, buat semakan seperti biasa, jika tidak berjaya, butang rayuan akan dipaparkan dan isikan semua maklumat yang diminta di dalam borang rayuan kemasukan ke tingkatan 6.
Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada semua yang berjaya, gunakan peluang ini untuk belajar bersungguh-sungguh dan mendapat keputusan cemerlang seterusnya dapat menyambung pelajaran ke peringkata lebih tinggi iaitu Ijazah.
Artikel berkaitan:
Permohonan Master dan PhD MMU 2027
Permohonan PTPTN Diploma UniMAP 2026/2027: Tarikh dan Cara Mohon
Permohonan Asasi UTP Januari 2027: Syarat, Tarikh & Cara Mohon