Semakan Keputusan Kemasukan ke Politeknik 2026

Adakah anda mencari cara semakan tawaran kemasukan ke Politeknik? Di sini kami kongsikan cara untuk membuat semakan.

Kemasukan ke Politeknik selalunya adalah bagi lepasan SPM. Saluran permohonan ke politeknik pula adalah melalui UPU.

Maka, semakan politeknik adalah mengikut semakan kemasukan UPU 2026.

Cara Semakan Politeknik 2026

Bagi tahun 2026, semakan politeknik lepasan SPM boleh mula disemak pada 22 Mei 2026. Sistem akan dibuka pada tarikh tersebut pada 12 tengah hari.

Cara Semakan:

  1. Layari laman web https://upu.mohe.gov.my
  2. Atau boleh terus klik mana-mana link https://jpt.utm.my (Zon Selatan)
  3. https://jpt.uum.edu.my (Zon Utara)
  4. https://jpt.unimas.my (Zon Sarawak)
  5. https://jpt.ums.edu.my (Zon Sabah)
  6. https://jpt.umt.edu.my (Zon Timur)
  7. Login ke dalam sistem yang tertera dan buat semakan.

Jika anda berjaya, tahniah kami ucapkan boleh mula membuat persiapan kemasukan ke Politeknik. Boleh lihat Yuran Kemasukan Politeknik ni.

Atau jika anda tidak berjaya, usah bersedih kerana rayuan UPU masih dibuka untuk anda.