Senarai Perdana Menteri Malaysia (Pertama Hingga Terkini 2026)

Adakah anda ingin mengetahui senarai lengkap Perdana Menteri Malaysia dari kemerdekaan hingga hari ini? Di sini kami kongsikan senarai penuh kesemua 10 Perdana Menteri Malaysia beserta tempoh perkhidmatan, gelaran dan sumbangan utama masing-masing.

Sejak kemerdekaannya pada 1957, Malaysia telah melalui kepimpinan pelbagai Perdana Menteri yang membawa hala tuju dan dasar tersendiri kepada negara. Setiap pemimpin meninggalkan legasi yang unik dalam sejarah pembangunan Malaysia. Pada artikel kali ini, kami kongsikan senarai lengkap Perdana Menteri Malaysia mengikut turutan.

Senarai Perdana Menteri Malaysia (PM 1 hingga PM 10)

BilNamaTempoh PerkhidmatanGelaran
PM 1Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj31 Ogos 1957 โ€“ 22 September 1970Bapa Kemerdekaan
PM 2Tun Abdul Razak Hussein22 September 1970 โ€“ 14 Januari 1976Bapa Pembangunan
PM 3Tun Hussein Onn15 Januari 1976 โ€“ 16 Julai 1981Bapa Perpaduan
PM 4Tun Dr. Mahathir Mohamad16 Julai 1981 โ€“ 30 Oktober 2003Bapa Pemodenan
PM 5Tun Abdullah Ahmad Badawi31 Oktober 2003 โ€“ 3 April 2009Bapa Pembangunan Modal Insan
PM 6Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak3 April 2009 โ€“ 9 Mei 2018
PM 7Tun Dr. Mahathir Mohamad10 Mei 2018 โ€“ 24 Februari 2020
PM 8Tan Sri Muhyiddin Yassin1 Mac 2020 โ€“ 16 Ogos 2021
PM 9Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob21 Ogos 2021 โ€“ 24 November 2022
PM 10Dato’ Seri Anwar Ibrahim24 November 2022 โ€“ kini

PM 1: Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (1957 โ€“ 1970)

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Alor Setar, Kedah. Beliau menjadi Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955 dan Perdana Menteri dari 31 Ogos 1957 hingga 22 September 1970.

Tunku Abdul Rahman telah dianugerahkan dengan gelaran Bapa Kemerdekaan Tanah Air pada 29 Ogos 1957. Beliau telah berperanan dalam membawa persefahaman di kalangan pelbagai kumpulan etnik dan parti politik untuk mencapai kemerdekaan Malaysia daripada penjajah British. Di bawah kepimpinan beliau juga, Malaysia dibentuk pada tahun 1963 melalui penyatuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Beliau meninggal dunia pada 6 Disember 1990.

PM 2: Tun Abdul Razak Hussein (1970 โ€“ 1976)

Tun Haji Abdul Razak bin Dato’ Hussein dilahirkan pada 11 Mac 1922 di Pulai Keladi, Pekan, Pahang. Beliau menjadi Perdana Menteri dari 22 September 1970 hingga 14 Januari 1976.

Tun Abdul Razak menggantikan Tunku Abdul Rahman ketika negara sedang mengalami ketegangan kaum pasca rusuhan 13 Mei 1969. Beliau dikenali sebagai Bapa Pembangunan Malaysia kerana berjaya memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan mengurangkan jurang ekonomi antara kaum. Beliau juga bertanggungjawab menubuhkan Barisan Nasional, gabungan parti politik yang memerintah Malaysia selama puluhan tahun.

PM 3: Tun Hussein Onn (1976 โ€“ 1981)

Tun Hussein bin Onn dikenali sebagai Bapa Perpaduan. Beliau memegang jawatan dari 15 Januari 1976 hingga 16 Julai 1981. Beliau mengambil alih kepimpinan negara selepas kematian Tun Abdul Razak dan terus memfokuskan usaha kepada pemulihan ekonomi dan pengukuhan perpaduan rakyat Malaysia pelbagai kaum yang menjadi teras kestabilan negara.

PM 4: Tun Dr. Mahathir Mohamad (1981 โ€“ 2003)

Tun Dr. Mahathir Mohamad digelar sebagai Bapa Pemodenan Malaysia dan merupakan pemimpin yang paling lama memegang jawatan sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun mulai 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003.

Beliau dikenali kerana telah membawa banyak perubahan kepada rakyat dan mengatur program untuk generasi yang membangunkan bangsa Melayu agar setanding dengan mana-mana bangsa di dunia. Banyak kejayaan besar dicapai di zaman pemerintahan beliau dari segi mengubah corak pemikiran, ekonomi, pendidikan, etika sosial dan budaya hidup rakyat Malaysia. Antara projek mega yang dibangunkan semasa pentadbiran beliau termasuklah Menara Berkembar Petronas, Lebuhraya Utara-Selatan dan pembinaan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran kerajaan persekutuan.

PM 5: Tun Abdullah Ahmad Badawi (2003 โ€“ 2009)

Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dikenali dengan gelaran Bapa Pembangunan Modal Insan. Beliau menyandang jawatan Perdana Menteri dari 31 Oktober 2003 hingga 3 April 2009. Pentadbiran beliau memberi tumpuan kepada pembangunan sumber manusia, integriti dalam pemerintahan dan pembangunan pertanian moden melalui program Dasar Agro-Makanan Negara.

PM 6: Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak (2009 โ€“ 2018)

Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia dari April 2009 hingga Mei 2018. Beliau adalah anak kepada seorang lagi bekas perdana menteri, Abdul Razak Hussein. Semasa pentadbiran beliau, program transformasi nasional diperkenalkan termasuk Gagasan 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

PM 7: Tun Dr. Mahathir Mohamad โ€” Kali Kedua (2018 โ€“ 2020)

Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri kali kedua pada 10 Mei 2018 hingga 24 Februari 2020. Dengan usia 92 tahun ketika dilantik, beliau menjadi ketua kerajaan tertua di dunia pada ketika itu. Kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 menandakan pertukaran kerajaan pertama dalam sejarah Malaysia sejak kemerdekaan.

PM 8: Tan Sri Muhyiddin Yassin (2020 โ€“ 2021)

Muhyiddin bin Mohd. Yassin berkhidmat sebagai PM ke-8 dari Mac 2020 hingga Ogos 2021. Beliau dilantik sebagai PM di tengah-tengah krisis politik dan berkhidmat selama 17 bulan dan meletak jawatan selepas kehilangan sokongan parlimen, menjadikannya perdana menteri paling singkat dalam sejarah Malaysia. Pentadbiran beliau banyak berfokus kepada pengurusan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia.

PM 9: Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob (2021 โ€“ 2022)

Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri kesembilan dan merupakan pemimpin pertama dari parti UMNO yang mengetuai kerajaan tanpa memegang jawatan Presiden parti ketika itu. Pentadbiran beliau juga banyak berfokus kepada pemulihan negara pasca pandemik dengan memperkenalkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan mempercepatkan pembukaan sektor ekonomi. Beliau menyandang jawatan dari 21 Ogos 2021 hingga 24 November 2022.

PM 10: Dato’ Seri Anwar Ibrahim (2022 โ€“ Kini)

Dato’ Seri Anwar Ibrahim merupakan Perdana Menteri kesepuluh Malaysia yang dilantik selepas Pilihan Raya Umum ke-15 pada November 2022. Beliau memimpin kerajaan perpaduan yang merangkumi gabungan pelbagai parti. Dikenali sebagai tokoh reformasi, Anwar telah lama bergiat aktif dalam arena politik sejak era 1980-an.

Gelaran Khas Perdana Menteri Malaysia

Setiap Perdana Menteri Malaysia dikenali dengan gelaran khas yang mencerminkan sumbangan utama mereka kepada negara:

Perdana MenteriGelaran Khas
Tunku Abdul Rahman (PM 1)Bapa Kemerdekaan / Bapa Malaysia
Tun Abdul Razak (PM 2)Bapa Pembangunan
Tun Hussein Onn (PM 3)Bapa Perpaduan
Tun Dr. Mahathir Mohamad (PM 4 & 7)Bapa Pemodenan Malaysia
Tun Abdullah Ahmad Badawi (PM 5)Bapa Pembangunan Modal Insan

Semoga dengan artikel senarai Perdana Menteri Malaysia ini dapat membantu anda memahami sejarah kepimpinan negara dengan lebih jelas dan mudah sebagai rujukan peperiksaan atau pengetahuan umum.

Artikel lain: