Tarikh Buka Sekolah (Selepas Cuti Hari Raya Haji 2026)

Cuti yang diberikan KPM bersempena Hari Raya Aidiladha dan juga cuti pertengahan penggal bermula pada 23 Mei 2026. Namun, ada yang tertanya-tanya sampai bilakah cuti ini diberikan dan bilakah buka sekolah nanti?

Artikel kali ini berkongsi tarikh bilakah buka sekolah selepas anda bercuti hari raya haji 2026.

Tarikh Sekolah Bermula Selepas Cuti Hari Raya Haji 2026

Tarikh buka sekolah selepas cuti Hari Raya Haji 2026 adalah seperti berikut:

  • Kumpulan A (Kedah, Kelantan, Terengganu)
    Sekolah buka semula pada 7 Jun 2026 (Ahad).
  • Kumpulan B (Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, W.P. Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya)
    Sekolah buka semula pada 8 Jun 2026 (Isnin).

Hari Raya Haji 2026 pula dijangka jatuh pada 27 Mei 2026 (Rabu) dan berada dalam tempoh cuti pertengahan tahun sekolah.

Semoga anda dapat menggunakan cuti yang diberikan dengan baik. Kepada ibu bapa, sebelum anak kembali bersekolah, pastikan semua kerja sekolah yang diberikan telah disiapkan. Termasuklah kerja bertulis mahupun projek sekolah.