Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) membuka permohonan bagi pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir bagi sesi pengajian 2026/2027. Permohonan ini boleh dibuat secara online melalui sistem secara online iaitu Sistem e-Timur Tengah.
Cara Permohonan Pengajian ke Mesir 2026 /2027
Permohonan boleh dibuat dengan menagkses borang permohonan melalui pautan berikut: https://dohe.mohe.my/timurtengah
Tarikh Penting Pengajian ke Mesir
Anda perlu mengetahui tarikh-tarikh berikut untuk membuat permohonan ke Mesir:
- Tarikh permohonan dibuka: 7 April 2026
- Tarikh permohonan ditutup: 30 April 2026
- Semakan syarat: 1 Mei 2026 melalui sistem e-TimurTengah
Syarat Kelayakan Umum dan khusus
Permohonan dibuka kepada pelajar lepasan SPM, STAM dan Diploma Qiraat. Syarat khusus pula dibahagikan mengikut bidang pengajian:
- Pengajian Islam: Sedang atau telah selesai pengajian dalam Imtihan Tahdid Mustawa (Ujian Penentian Tahap Penguasaan Bahasa Arab)
- Sains Kesihatan: Lepasan sijil STPM/ Matrikulasi / Asasi / A-Level atau lain-lain program persediaan yang setaraf.
Pertanyaan
Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai permohonan melanjutkan pelajaran ke Mesir bagi tahun 2026 ini, bolehlah hantar email ke tt.bem@mohe.gov.my
Artikel lain: